program jdt blogger

Misi Potluck JDT Blogger berjaya

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Misi Potluck untuk JDT Blogger dah pun berjaya.Walaupun tak ramai yang join,cuma sebahagian sahaja yang dapat menjoinkan diri,alhamdulillah.
Sebenarnya Potluck JDT blogger ni memang dah ada pun dalam acara tahunan kami.Cuma masa je belum kami tetapkan.Tapi bila dah ada kata sepakatan dari ahli yang lain,maka kami memilih tarikh 20 Mei 2017 untuk mengadakan Potluck JDT Blogger.
Seperti yang korang tahu,JDT blogger ni baru ditubuhkan pada awal tahun ini.Wujudnya JDT blogger ini adalah untuk satukan blogger-blogger yang tinggal di Johor Bahru.Tak kisahlah samada dia berasal dari negeri mana sekalipun,tapi kalau dah duduk di Johor,dia tetap boleh join JDT Blogger.Dan JDT blogger tiada unsur memilih dan tidak juga berkroni.Kami cuma hasilkan group bagi memudahkan kami mengenali blogger yang ada di Johor.Dan mereka juga tidak diawasi untuk bergaul dengan siapa sahaja dan group mana sekalipun.Takde paksaan.
Oklah.rasa korang pun dah taukan mission kami ni.Mengeratkan silaturahim tu bagus tau..hehehe…Oklah..berbalik semula kepada Misi Potluck kami tadi.Sebulan lebih awal,kami dah siap sedia dengan menu masing-masing.Tau apa yang akan dibawa oleh mereka-mereka yang hadir ini.
So dalam pukul 11 pagi kami dah berkumpul di tempat yang dah pun kami pilih iaitu di Bukit Layang-layang Pasir gudang.Bagi aku kat tempat tu sangat sesuai untuk korang beriadah,berjogging,bersantai ,pothoshoot dan sebagainya.
Ini adalah antara Blogger yang hadir di Potluck JDT Blogger ini
Mereka adalah
Dan menu kami pada hari itu adalah
  • Nasi putih
  • Ketam masak lemak
  • Ketam pedas
  • sayur kobis
  • Ikan mayong
Dan semuanya sedap-sedap belaka.Dan tak lengkap rasanya kalau takde sambal tempoyak pemberian kak seri.Walaupun kak seri tak datang,tapi dia tetap kirimkan sambal tempoyak yang sedap ni.

Dan antara dessert kami di hari itu adalah
Serius..semua sedap-sedap belaka..Sampai kami tapau balik rumah.Cuma nona manis tu je aku tak sempat nak menjamah.dah habis dah..huwa…mohon lin buatkan untuk akak lagi..haha
Seronok sebenarnya kalau dah dapat berkumpul macam ni.Macam-macam ragam dan aksi boleh tengok.Dari anak-anak sampai ke mak orang.
Harap di masa akan datang,kami bolehlah berkumpul lagi seperti semalam..Kalau dapat lama-lama kat situ lagi best,Thanks korang yang menjayakan Program Potluck JDT Blogger..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *