kisahsidairy.com

Air kelapa untuk panas dalam

Assalamualaikum
Hai korang??Dah hampir dua hari jugak demam.semalam baru pi klinik.Ingatkan tak payah la kan nak pegi.Disebabkan jaga anak-anak demam,maka mak pun ikut sekali demam.
Panas dalam ni payah sikit,kalau nak bergantung pada ubat pun tak boleh jugak.Kenalah minum banyak air masak.Dan satu petua orang lama-lama ni,nak buang panas dalam,minum air kelapa.Tu yang gigih husband cari kelapa.Kat bandar ni tak lah susah mana nak cari,even kedai mamak pun ada jual.Tapi husband cari kat kedai buah.Kedai mamak dah habis.

Kalau korang nak tahu,Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa.
Minyak kelapa yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan begitu juga dengan kulit bermasalah. Bahan itu juga akan menjadikan rambut subur, hitam dan berkilat.
Isi buah kelapa pula mempunyai banyak khasiat. Isi buah kelapa yang sudah tua mengandung kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram, kelapa setengah tua sebanyak 180 kal per 100 gram dan kelapa muda mengandung 68 kal per 100 gram.

Kalau nak cerita pasal kebaikkan air kelapa ni banyak.Aku pernah update entry pasal air kelapa.Korang boleh cari kat button search tu.

Harap demam,batuk dan selsema ni cepatlah baik.Esok dah mula kerja,badan belum pulih sepenuhnya….hadoiii..Doakan puan blog cepat sihat ye…thanks

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE