nuffnang

Sampai Dah Cek Nuffnang

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺Lama dah kan tak bercerita pasal Nuffnang ni.Nuffnang sekarang ni taklah lebat macam dulu.Dah macam sunyi sepi je..Aku pun tak tau kenapa.Tapi ramai dah tak boleh nak setia dengan Nuffnang ni kerana income yang dapat tak semeriah macam dulu.
Dulu paling rajin buat post pasal Nuffnang.Setiap kali CPUV baru,mesti update.Jangan tak tau,ramai jugak yang buat segmen untuk naikkan CPUV Nuffnang tau.Paling best lah dulu.Tapi sekarang ni jarang dah diorang buat segmen-segmen macam ni.
Korang boleh tengok entry lama aku tentang Cashout Nuffnang.Bukan main meriah dulu masyuk…Dan beberapa kali jugak aku cashout sepanjang jadi blogger ni..Ni ha..Korang boleh baca Entry Cheque Nuffnang dalam tangan.Banyak lagi lah cerita menarik pasal Nuffnang..Aku jugak ada kongsikan tips bagaimana cara nak Mendapatkan CPUV dari Nuffnang tau..
Kalau korang rajin,boleh baca balik cerita Nuffnang dalam blog aku.Tapi sekarang seperti yang korang tahu lah kan,Nuffnang tak semeriah dulu.Aku pun tak tau sebab apa,tapi hakikatnya,tak boleh nak bergantung sangat kepada Nuffnang.Banyak lagi advertiser yang macam cendawan tumbuh,nak bagi blogger buat duit.Tapi kena rajin.Kalau tak,duit takkan datang bergolek-golek
nuffnang
Amaunnya…Biarlah rahsia…..
Tak taulah samada ini cek yang terakhir atau sebaliknya sebab tak boleh nak berharap sangat.Apa pun syukur,rezeki tak pernah salah alamat..alhamdulillah…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

27 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *