Uncategorized

Mini Garden Di rumah Baru

Assalamualaikum
Hai korang๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š..itulah sejak dua menjak ni.Hobi baru umi Naura ni.Yelah sejak duduk rumah baru ni,takde sepasu pokok bunga pun kat rumah ni.
Niat asalnya nak renovate rumah bagi cantik dulu.Lepas tu barulah berhias bagai.Tapi bila satu hari tu,aku dok rimas lah asyik nak membeli je serai,daun kesum,daun pandan tu semua.Daun kesum tu pun kalau kat kedai harga dalam 50sen seikat.Tu pun guna sikit je,yang lebihnya bila disimpan je dalam peti ais,keringlah jugakkan.Nak taknak aku cuba tanam.Ingatkan tangan ni tak sejuk,tak boleh tanam bunga.Tapi alhamdulillah..hidup,segar pun dia.Lepas tu mulalah nak menambah pokok bunga yang ada.
Kemudian,mintak sikit-sikit anak pokok dari mak,tanam sendiri.Ikutkan boleh je,nak mintak bunga dari mak.Lagipun rumah mak tu,berlambak jenis bunga ada.Nak tanam sendiri,barulah timbul rasa kasih sayang terhadap pokok tu
Ini permulaan menanam.
Ambil batang pokok bunga jam 10.Bunga ni cantik bila berkembang.lagipun banyak warna..cantik..tu yang nak tanam.
Daun kesum yang subur,berkembang.dah boleh petik buat asam pedas.
Serai dan daun pandan,serta ada lagi tanaman lain yang aku tak tanam di dalam pasu..Moga hobi baru ni berterusan sampai bila-bila.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *