Uncategorized

Kenapa Perlu Blogwalking

Assalamualaikum
Image result for blogwalking
Sebenarnya Blogwalking ni bagus untuk menaikkan prestasi blog kita.Menaikkan PV untuk blog pun boleh.Apatah lagi menambah kenalan kita sebagai blogger.Nak jadi blogger ni tak perlu nak rasa merendah diri atau meninggi diri.Yang penting niat kita untuk melawat rakan-rakan blogger yang lain.Ada beberapa kelebihan yang aku share di blog ni.Perkongsian ini aku ambil dari blog  dedauncomel.Kita tengok apa dia kata dalam Kenapa Perlu Blogwalking ni
1.MENAMBAH IDEA
Bila berblogwalking,kita akan dapat membaca apa yang blog lain cuba sampaikan.Dari situ kita akan dapat idea dari apa yang kita baca dari entry-entry mereka.Kenapa perlu baca artikel baru komen? Sebab.. Kita suka ke kalau orang datang rumah kita, dah  hidang minuman, dia cakap, ” lawat la rumah saya “.  Lepas tu balik. 

Macam tu la juga bila kita dah taip panjang-panjang artikel sampai 200 kilometer , buat research segala, bila tengok komen : Blogwalking here ! Follow my blog ! 

Kecewa.
2.MENJADIKAN KITA HOT STUFF
Bila meninggalkan jejak dalam blog orang lain,orang akan lebih mengenali kita.Ia merupakan salah satu cara untuk mempromosikan diri kita dan blog.Dengan itu,lebih banyak pengunjung datang ke blog kita,sebab nak tahu tentang kita dan blog kita tu.Barulah orang tahu kewujudan blog kita ni.
Pastikan komen yang kita bagi tu seiring dengan isi blog mereka.Baru lah mereka berminat nak tahu tentang blog kita.Korang komen lah perkara yang berkaitan dengan entry mereka tersebut.Dan pastikan komen jangan dua tiga patah perkataan je..Sepatutnya lebih la dari tiga patah perkataan..Itu memadai.Barulah orang akan appreciate apa yang korang buat.
Bukan hanya datang untuk tangkap muat dan nak orang lain beri backlink yang banyak untuk korang.tapi korang kedekut..cittt.
3.SOSIAL
Dunia blogger ni memang tak boleh lari dari aktiviti bersosial..Bukan bersosial yang tak bermaruah ye.Sosial tu maksudnya melakukan aktiviti blogwalking untuk mengeratkan silaturahim dan menjalinkan hubungan di antara komuniti blogger.Bukan sahaja di dalam blog,malah di facebook,instagram dan twitter.Media social seperti ini,senantiasa diutamakan oleh blogger.Tapi jangan di salah guna untuk kepentingan sendiri atau untuk menjatuhkan orang.
Kalau nak cari backlink yang berkualiti,korang kena berkualiti jugak okeh!!
4.MENINGKATKAN REPUTASI DAN RANKING
Bila kita meninggalkan komen berkualiti di blog orang lain,adakalanya mereka akan lawat blog kita dan buat benda yang sama,Dapat link yang berkulaiti,hubungan baik dengan blogger lain.
Semua ini dapat meningkatkan ranking blog kita dalam enjin pencarian..Bila orang taip di google,nama kita kan keluar dalaman halaman pertama…Baru syok.
Bila korang rajin untuk membuat entry dan blogwalking,Ranking alexa korang pasti akan lebih baik.Itu yang aku buat sekarang ni. Korang boleh tengok Entry tentang ranking alexa aku yang terbaik pernah aku dapat dulu di SINI.Masa tu aku memang rajin blogwalking dan join segmen.Entry  yang lain jangan lupakan pulak.At least ada entry sendiri dalam satu hari tu.Kena rajin tau..
Berblog pun boleh menjana pendapatan.Kalau kita tak jaga reputasi blog kita,banyak klient yang akan beralih arah kepada mereka yang lebih baik dari kita.Seeloknya untuk menjadi blogger yang boleh menjana pendapatan,kena juga ada ilmu dalam berblog.Sepanjang  6 tahun berblog ni,pelbagai benda yang aku belajar.Dan itu pun belum cukup ilmu untuk menjadi blogger yang berkualiti.


Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *