Kluang,  Uncategorized

Bawa Balik Kopi Uncang dari Kluang Rail Coffee

Assalamualaikum 
Hai Korang ☺☺☺Meh kita sambung cerita.Kiranya ni kesinambungan cerita Luncheon di Kluang Rail Coffee. Jengah lah entry ni..kalau sudi..Alhamdulillah…dapat jugak merasa Kopi Kluang ni..Memang best..
Dan disebabkan itu jugak,aku beli 3 bungkus untuk bawak balik JB.Sempatlah belikan mak ngan akak aku.Kiranya yang dapat kopi tu orang2 yang dekat je..Jauh tak boleh belikan lah..heheh
Sebenarnya,bagi akulah Kopi kluang ni ada aroma dan rasa tersendiri..Pekat dan sedap.Memang berbeza dengan kopi yang kita beli tu.Harga kopi Kluang ni mahal sikit lah..Kalau beli sepeket tu,dalam ada 20 uncang.
Bawa Balik Kopi Uncang dari Kluang Rail Coffee
Bungkusan Kopi Kluang
Rugi tak beli banyak-banyak..buat stock 2-3 bulan..hehe..Kat sini macam takde pulak jual,.Nak kena repeat ke Kluang gamaknya ni..hehehe
Saja nak tepek gambar ni..Kat Kluang banyak jumpa Mahkota tu..Kat JB ni ada satu tempat je kan.
Kalau korang ke sana..Jangan lupa singgah Kluang Rail Coffee ye.,.alamat nya di bawah
Kluang Rail Coffee
20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.
Contact No. – 07-7728391

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *