biskut gery,  kisahsidairy.com

Biskut Gery Viral Dah Dapat

Assalamualaikum
Hai korang☺☺☺☺Sihat?…Dah cuba ke Biskut Gery Yang sedang Viral berbulan yang lepas.
Actually,aku takdelah sangat nak mencari biskut tu,Sebab kalau pi pasar malam pun ada je orang jual.
Tapi tak pernahnya nak membeli..Ada gak niat nak rasa biskut tu,Tapi bila nampak,boleh buat bodoh je kan.
Hadoii..Orang dah lama peram dalam rumah biskut Viral tu,ko baru nak mencuba?? Ketinggalan zaman? emmmm…biarlah orang kata nak ketinggalan zaman pun..Kebiasaannya kalau benda-benda viral ni,sekejap je..Lepas tu hilanglah ceritanya kan.
Nak dijadikan cerita,Masa aku keluar makan tengahari,di tempat yang biasa aku makan,tempat pakcik jual buah,dekat tepi buah potong tu,ada bakul,dalam bakul tu ada biskut Gery ni..Saja suruh korang baca ayat budak-budak sikit.Tapi masa sampai kedai makan berhampiran tu,takde kisah sangatlah kan pasal biskut tu.Tapi tengah² makan tu,nampak orang tu keluarkan biskut tu dan letak dekat tepi buah potong tu..Aku perhatikan je,Dan-dan terkeluar dari mulut,cakap dengan officemate.”Kejap lagi kita beli biskut tu nak? Berapa eh satu…dia pun xtau..aku andaikan biskut tu sebungkus rm10.Cakap kat dia,ko beli coklat,aku beli yang cheese..Nanti kita tukar-tukar..
Yang cheese tu aku punya…biasalah peminat cheese kan
Lepas makan,terus je pergi kedai buah tu,tanya harga RM5 untuk sebungkus biskut Gery..Oklah kan..Ambil sorang satu.Sampai opis,officemate aku dah rasa dulu biskut coklat dia tu..Eh..aku ada show off biskut tu kat insta aku…Jemput Follow eh aida_yusof81
Aku je buat rileks sebab masih kenyang lagi.Siap officemate lain tanya mana aku beli ni..Eh..ter promote kedai pakcik tu..Moga-moga murah rezeki mereka kan.
Aku suka yang cheese..sebab tak berapa nak manis sangat.Biskut tu pun dah bergula kan..Kalau yang coklat lagi manis..So far,bagi aku ok je..Korang pun boleh buat jugak kot…Beli je biskut gula kat kedai..Lepas tu tampal je cheese atau coklat..hah..gitu je kekdahnya..Tapi kalau korang malas macam aku,korang beli jelah..hahahah
Sebenarnya aku pun tak  tau asal usul biskut ni,nanti korang google la eh..Lapar pulak bila tengok biskut ni…
hahaha..ok bai..thanks sudi baca dan singgah di teratak blog pink saya ni..love u..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE