kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  parenting blogger,  parentingmoments

Bawa Mereka Bersiar-siar

Assalamualaikum
Takdelah kisah menarik sangat hujung minggu lepas..Dah janji dengan si kakak fiyah nak balik.Dah 2 minggu dia tungu umi balik.Tapi apa kan daya,umi tak boleh balik minggu lepas..So umi balik minggu ni..Nenek dah call,kakak dok sebut nama umi je.Alahai anak.Hati mak mana yang boleh tahan kan bila dengar anak macam tu.
Tak perlulah aku bercerita lagi kenapa aku tinggalkan dia kat kampung,sedangkan adik ada bersama aku..Mungkin orang yang rapat sahaja dengan aku yang tau cerita sebenarnya..So,aku harap korang enjoy je baca cerita aku ni..bhahaha..
Jumaat petang lagi aku dah balik ke kota tinggi.Balik je keje,terus siap-siap untuk balik kampung.Yess..Tak dinafikan nampak kereta aku masuk laman,dia dah jerit.Ni kan pulak aku keluar pintu..dia terjah,peluk kuat-kuat..Masa tu rasa nak menitis air mata,ku tahan jebat…hahaha
Dah janji dengan dia nak bawa jalan-jalan..Sabtu tu aku keluar bawa pi shopping barang-barang pampers ngan susu yang dah kehabisan stock.Petangnya pula,lepas hantar makcik dia ke asrama,ingatkan nak bawa ke Tasik Bandar Penawar main kereta control..Tapi sayangnya takde pulak kereta control tu..Just lepaskan dia main kat Tasik tu..
Adik dengan kakak.
Kakak memang sayang kat adik dia..Kalau dalam talipon pun,dia akan tanya adik dia dulu..Bila berjumpa pun dia akan peluk adik dia..Tapi bila bab bermain tu,kadang-kadang dia suka dengki ngan adik..

Kalau ajak selfie,dia lah paling suka,Ajar adik dia cara nak selfie lah,pegang tanganlah walau adik tak berapa nak suka kalau kakak pegang tangan dia..

Muka bad mood sebab umi tak kasi main dekat playground..Bukan apa,petang-petang macam ni,lepas hujan pulak tu,Risau nyamuk banyak..Lagipun sekarang kan musim denggi,..Tu yang tak benarkan dia ke sana..
Ahad tu umi ngan babah nak balik dah.Masa pagi tu tanya dia,ok ke kalau umi tinggal,kakak kan nak sekolah..Dia jawab ok je..Tapi petang tu berubah bila umi dah siap-siap pakai tudung.Mengamuk sakan nak ikut umi balik…Be strong sayang..Umi bukan sengaja tinggalkan kakak..Tapi umi terpaksa sayang..Nanti umi balik lagi…(amik tisu lap airmata)Tak menahan tengok anak nangis…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE