kisahsidairy.com,  parenting blogger

Risaunya Bila anak tercekik makanan

Assalamualaikum
Bukan semua makanan kita boleh bagi kat anak kan..Walau umur dah setahun,dah boleh makan nasi,dah boleh makan apa aje,tapi tak semua kita boleh bagi.Takat gigi 4 batang depan,mana mampu nak kunyah makanan biar lot kan.Ada je dia telan je makanan tu,dah bila dia telan makanan sebesar umat tu,risaunyalah bila tercekik.
Bila dah nampak anak tercekik makanan,apa korang buat? Dalam keadaan yang tak tentu hala tu,kekadang kita tak tau apa nak buat bila terjadi macam tu.Masa tulah kita panik tak tau nak buat ape.Masa hari tu,tak tau kenapa nenek dia boleh bagi pedal ayam kat dia..masa tu aku tengah makan,dia main ngan nenek dia..Tak taulah kenapa nenek dia bagi…huwaaa…Tetiba dia macam terbatuk dan nampak macam muntah-muntah keluarkan makanan tu..
bayi tercekik
Dah nampak gitu,aku terus ambil dia dan toggengkan..nasib baik,aku ingat apa yang nak kena buat masa tu..lepas aku tonggengkan dia,aku tepuk-tepuk belakang dia,sampai nampak dia nangis…Masa tu aku tak taulah jantung aku ni berhenti ke macam mana.uishhh…
Lepas ni,aku lebih berhati-hati dalam apa jua orang bagi makanan kat anak aku.Sebelum ni aku memang bagi makanan yang lembut je kat dia,Tak pernah lagi aku bagi makanan yang keras-keras bagi kat dia.
Bila dah situasi macam ni,macam-macam benda kita tak boleh nak fikirkan..Panik semacam jelah masa tu..Tapi dalam panik tu,nasib baik perbuatan spontan aku tu tak buatkan keadaan lagi teruk.Subhanallah..Mula terfikir jika terjadi apa-apa kat anak aku tu.Aku ada terbaca di majalah pama Apa yang perlu kita buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.
1.  Duduk atau berlutut di atas satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk  bahagian di antara tulang belikatnya beberapa kali.
2.  Jika ini gagal mengeluarkan halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.
3.  Jika dia masih tersedak, dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas hingga sebanyak empat kali.
4.  Jika anak anda tidak mula bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan pernafasan.
Harap lepas ni,aku lebih berhati-hati walaupun kesilapan tu bukan aku yang lakukan.Berwaspada setiap makanan yang diberikan pada dia.Siapa tak sayang anak oiiii
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE