EVENT,  kisahsidairy.com

Party Hallowen Brick or Treat di Legoland Malaysia

Assalamualaikum
Pesta Hallowen Brick Or Treat di Legoland menjanjikan  kepuasan kepada setap mereka yang datang.Baru-baru ini Legoland telah melancarkan  aktiviti tahunan mereka yang bertemakan Brick Or Treat.Pelancaran yang telah diadakan dari 16 september lalu akan berakhir pada 30 Oktober ini.

 

Atas jemputan dari pihak Legoland jumaat lalu,aku bawa family ke sini untuk menyaksikan pelancaran Patri Hollawen ni..Memang menggamatkan dengan aktiviti yang telah disediakan.
credit gambar:Nadia Johari
Majlis dimulakan dengan ucapan penyampaian dari orang kuat Legoland iaitu Mr.young Pil Kim (Merupakan pengurus besar (interim)Legoland Malaysia Resort.Diikuti ucapan Mr Casper Bonavant iaitu pengarah Operasi dan diikuti oleh ucapan dari Ms Sandy Soh iaitu Presiden PUDU Rotary Club.

 

 

 

 

Selepas ucapan dari orang-orang besar,Maka bermulalah aktiviti yang sangat menggamatkan suasana iaitu Pertandingan Kostume dari kanak-kanak comel ni.Masa ni memang aku tak sempat nak ambil gambar bagai.Dok berkejar dengan anak-anak aku yang macam zombi kampung pisang ni.Si kakak pulak nampak macam teruja,tapi nak dekat punyalah penakut.
Pertandingan Kostume dijuarai oleh Hantu pocong iaitu anak blogger nanie Isa.Memang dia ikut betul cara pocong..senyum pun tak wehhh…Memang layak menang.Selepas dari tu,adalah sketsa dari dua orang ni yang sangat mencuit hati disamping keluarlah, kawan-kawan zombie berkeliaran di atas dan bawah pentas.
Media yang datang di sajikan dengan pelbagai makanan enak.Aku kat situ kekenyangan air.Dek kerana masa tu aku tak berapa nak sihat,so makanan yang sedap semuanya aku rasa biasa-biasa je.Kalau aku sihat hari tu,dah lama habis makanan depan mata…What so rugi kan? Makanan yang dipamerkan pun sangat menarik perhatian semuanya bertemakan hallowen…So,anak-anak jelah yang makan makanan yang super sedap tu.

Lepas habis dari event tu,au bawa anak-anak jalan-jalan disekitar situ..Sebenarnya kalau ada sihat tuari,dah lama aku menjelajah di banyak tempat,cuma kesihatan je tak mengizinkan aku pergi..Tapi syukur,anak-anak tetap terhibur. Kalau korang nak lihat banyak lagi gambar semasa event dijalankan,bolehlah mengunjungi blog blogger yang join event ni seperti nadia johari,lan careno,mama maszull,suzlin dan ramai lagi

 

 

Tak banyak sangat gambar yang dapat aku ambil hari tu atas sebab-sebab tertentu…insya allah..ada masa dan rezeki anak-anak,nak repeat pergi ke sana nanti

 

Oh ya!! Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Brick Or Treat ni,korang boleh pilih date yang korang nak terjah nanti
Selected Dates : September(16-17 , 23-24 , 30) Oktober ( 1 , 7-8 , 14-15 , 21-22 , 28-29)
Time : 4pm to 9pm
Ticket : RM85 per entry
Location : Legolang Malaysia >> Legoland Hallowen
untuk maklumat lanjut boleh layari www.legoland.my atau korang boleh call terus di 07-5978888
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

18 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE