kisahsidairy.com,  outing,  parenting blogger

Berhari raya di Ecoworld dan Forest City

Assalamualaikum
Lama dah terperap cerita ni.Kisah dari raya aidiladha tu ari lagi.Gambar pun dah basi..hahaha…Raya tuari aku tak balik kampung.Just beraya di rumah je.1st time beraya di rumah sendiri ko! kebetulan abgn ipar nak balik Johor.So berkumpul lah kami di rumah aku.Syok jadi tuan rumah.Dapat sediakan apa yang patut juga untuk adik beradik yang datang.
Dua hari tu tak kemana pun.just pergi berdekatan je..Aku pun tak tau nak bawak diorang ke mana di Johor ni..Nak pi mandi manda di wetworld semua memerlukan kos yang banyak jugak kan.
Masa diorang sampai tu,just rileks2 je kat rumah.Malam sikit abang ipar aku ajak pekena mee rebus.Abang ipar aku ni,kalau balik Johor,tak sah kalau dia tak cari Mee rebus.So lepas pekena mee rebus tu,kitorang pergi ke Ecoworld.Tempat rekreasi dan riadah untuk seisi keluarga.Tempat tu dibina pun kira untuk pusat jualan perumahan.Cara diorang menarik minat orang untuk datang ke situ memang sangat-sangat menarik.So pergi malam,tak banyak sangat tempat yang dapat aku jelajahi.Dan tak banyak gambar yang aku ambil pun.Cuma melayankan si naura tu je.
Banyak tempat yang cantik sebenarnya dalam Ecoworld ni,cuma banyak yang aku tak sempat nak ambil memandangkan malam kan.So,agak terbatas untuk tangkap gambar.
Kemahin sukalah si kecik tu dapat bebas berjalan.
Keesokkannya pulak,aku bawak abang ipar dan family ke Forest City Nusajaya.Tempat penjualan perumahan yang bakal GAH di Nusajaya nanti.maklumat lanjut korang boleh google sendiri la pasal tu.Tapi yang pasti,harga rumah dan apartment persisiran pantai berharga lebih dari setengah juta ringgit.
Sama jugalah macam Country Garden yang pernah aku pergi sebelum ni.Kita ni datang untuk menyaksikan panorama hasil buatan manusia je.Tempat beriadah seisi keluarga.Tangkap-tangkap gambar.Nak makan dalam tu jangan harap la wehh..Confirm mahal.So,aku tak suggestkan korang kalau nak berjalan-jalan je boleh la..Bawa la makanan sendiri 
Oppss…sorry.gambar Naura dan umi je tepek kat sini..yang lain-lain aku ada masuk dalam facebook je..Kalau korang ke Johor,singgah-singgahlah di dua tempat ni,menarik la jugak kalau nak bawak anak jalan-jalan.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE