kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger

Risaukan dia je

Assalamualaikum
Rasa cemaslah jugak bila tetiba anak nafas berbunyi,Merengek tak tentu hala,dan kelihatan sangat-sangat susah nak bernafas.Kebetulan masih awal lagi,dalam pukul 7 malam kot.
Risaukan keadaan bertambah lebih teruk,terus je bawa nur naura auni ke klinik 1 Malaysia.Bukan tak mau ke private klinik,tapi biarlah kita pergi yang kerajaan je dulu kan.Lebih rasa selamat.Tapi malangnya,budak berumur 2 tahun ke bawah tidak diterima.
Dengan tak banyak fikir,terus je pergi ke private klinik.Risau jadi apa-apa kat Naura masa tu,menangis tak berlagulah nampaknya.
Pilih klinik adham untuk buat rawatan.Doktor check suhu dan jantung.Kuat bunyi kahak di dalam.Bila periksa kelenjar di bahagian belakang telinga,doktor kata ada sedikit jangkitan.Terus doktor suruh masuk ke bilik rawatan rapi untuk dapatkan Nab.
Bila dah kena masuk nab,meraunglah dia,aku rasa dalam klinik tu suara dia seorang je yang kuat.Bukan takat aku je pegang dia,assistant doktor,dengan doktor dan aku sekali pegang dia,sebab rontaan dia tu terlalu kuat.Sampai beberapa kali jugaklah doktor berhenti.Takut dia terlalu stress,risau jugak apa-apa terjadi kan.
Sebelum masuk ke bilik doktor
Ikutkan dia taknak lepas dari dukungan aku,tapi dah tak larat nak pegang dia,aku letakkan dia di tempat mainan.Nasib baiklah ada juga sudut mainan di klinik ni.At least boleh la pujuk dia sikit.Masuk bilik doktor tu dia dah rasa tak keruan dah.Tu yang mengamuk sakan dalam tu.
Lepas dapatkan nab,alhamdulillah,bunyi dada tak sekuat tadi.
Muka dah ceria sikit lepas kena nab
Masa ni babah sempat ajak minum-minum…Bila tengok dia ok je,emm..bolehlah umi layankan babah tu.
masuk dalam kereta,terus nak susu dan tidur.Tak sempatlah umi nak bagi dia ubat.Tapi di rumah umi terpaksalah kejut dia untuk berikan dia ubat.Alhamdulillah,hari ni naura ok.pagi pun bangun tidur tak buat hal.Tidur malam pun macam tu jugak.Risaulah kalau dia tak sihat berpanjangan.Moga-moga dia sentiasa sihat..insya allah amin.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.