from my kitchen,  kisahsidairy.com,  parenting blogger,  RESEPI

Sup sayur ayam ringkas untuk mereka yang tak sihat

Assalamualaikum
Dah dua hari husband demam tak boleh nak bangun.Kesian pulak bila dia tak boleh nak masuk makanan langsung..Bila orang yang pemakan,tetiba taknak makan..uih…boleh kurus tau.
So dengan baik hatinya puan wife ni masakkan sup untuk dia..Cuma sup ni lain sikit dari yang lain..ke korang dah tau dah caranya…
Sup ni aku gunakan ketumbar dan sedikit limau nipis.
Oklah,meh aku share sedikit cara-cara membuat sup sayur ayam ni..alah..senang je…kacang gitu…campak-campak pun boleh…yang utama,daun ketumbar dan limau nipis tu mesti ada tau.
sup sayur ayam
1-beberapa ketul ayam
2-bawang besar-1
3-bawang putih-2 ulas
4-sawi
5-carrot-tak kisah korang nak potong macam mana.(boleh jugak korang nak masukkan brokoli atau apa jenis sayuran pun..,tapi kenalah dengan masak sup..jangan korang letak bendi pulak…heheh)
7-daun ketumbar
8-Perahan limau nipis
9-Garam
Oklah,cara buatnya pulak.
Korang renehkan dulu ayam kedalam periuk yang bercampur air..tak perlu menumis ye..Sebab orang tak sihat ni takde rasa nak makan yang berminyak-minyak sebab ayam pun dah berminyak kan…Sesudah ayam tu empuk,korang masukkan pulak bawang putih dan bawang besar.
Kemudian,korang masukkan sawi dan carrot tu ke dalam sup.Then,korang boleh lah masukkan perahan limau nipis,daun ketumbar dan perasakan dengan garam..
Hah!!kan senang kan..Makan masa sup ni tengah panas.biar badan tu berpeluh-peluh kan.Kalau untuk yang sihat walafiat pun boleh..Resepi diet ni jugak tau.boleh la letak cili pada yang suka pedas tu.
Husband makan tu je masa dia tak sihat.Cuma yelah kan,orang tak sihat,mana makan banyak..So puan wife dia lah yang tukang habiskan..bahahahaaa…
Kalau korang nak cuba resepi ni,dipersilakan..iolss ok je…lagipun resepi ni pun adik ipar aku yang ajar..maklumlah orang kemboja ni dia memang gemar bab-bab sup ni…tapi rasa bukan orang kemboja je suka,orang -orangan pun suka…hahahaha…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE