kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

Cermin Mata murah di Pasir Gudang

Assalamualaikum
Masa ke pusat bandar hari tu,tujuannya untuk membeli cermin mata baru.Ada aku ceritakan di entry Jalan-Jalan Cuti Merdeka.Mana yang terlepas tu,boleh la baca kat sini ye…Tu pun kalau korang sudi baca cerita kita ni.
Oklah,sebenarnya sebelum tu pun aku dok survey kedai cermin mata di sekitar Pasir Gudang ni.Adalah dua tiga kedai…Tapi bila aku teringatkan kat Pusat Bandar ni ada kedai cermin mata yang murah,so aku pun ajak husband survey kat situ jugak.Haruslah ajak dia sebab dia yang akan sponsor untuk buat cermin mata ni.Dia yang suruh aku pakai balik cermin mata sebab risau aku selalu sangat pakai contact lens.
Actually,sebelum ni pun aku ada pakai spe,tapi disebabkan anak dara sulung aku tu dok patahkan,heh!! mau menangis mak dia,kebetulan pulak spec spare tu hilang dan ghaib entah ke mana.
Kat kedai Wing Wong Optical Centre ni betul-betul lokasinya berdekatan food court di pusat bandar.Mana yang dah pergi ke sana,taulah mana kedai cermin mata kat situ.
kalau dulu,aku selalu beli spec yang berjenama sikitlah,harga pun makan 500-800 hengget,Tapi aku tukar pulak sekarang ni nak beli spec yang harga murah,boleh beli 2,so boleh tukar-tukar pakai..Kalau nak harapkan satu je,memang cepat rosak lah kan…
Kat Kedai Wing Wong Optical Centre ni,diorang tengah buat sales gila-gila.Korang tengoklah berapa harga untuk Bingkai ni,murah kan..Hanya serendah RM150 je…uih…Terlajak murah weh..Dan yang paling best adalah siap sekali dengan frame..Ko rasa!!! aku pulak rasa rugi kalau tak beli..bahahahhaha..
wing wong optical centre
Nampak tak bukti yang aku tak tipu..Ape jenis bingkai pun boleh dapat kat sini..Bukan sahaja bingkai spec jenama biasa-biasa je ada.Yang luar biasa pun ada,..maksudnya macam gucci,Ray-ban dan mcam-macam lagi jenama ternama lah..Ikut budget korang lah nak yang macam mana..

Aku ni leceh sikit kalau nak cari spec,dah berapa banyak bingkai spec yang aku cuba kat kedai tu,Dan beberapa kali jugak cermin tu aku pandang,Yelah..lagilah kita yang pakai shawl ni kan,nak cari spec tak boleh lah cari spec yang lebar sangat,kena ngam-ngam dengan kita.Nanti kembang pulak shawl atau tudung yang kita pakai..betul tak

wing wong optical centre
Dah pun dapat bingkai yang dihajati..Bingkai dan lens ni berharga rm200.Kenapa harga makin naik? Sebab aku gunakan lens yang anti calar.Essilor -Crival UV.
Oklah kan..Tak mahal mana pun berbanding sebelum ni..Ingat nanti nak cari spare lagi satu…Contact Lens?? sesekali je aku pakai..hehehehe
Kalau korang nak jugak cari kedai cermin mata murah di pasir gudang ni,boleh la terus ke pusat Bandar pasir gudang,bersebelahan Food court..Alamat aku lupa nak amik,dekat resit.So aku boleh bagi direction..Kalau korang dapat cari food court,korang memang jumpalah kedai cermin mata tu di tingkat 2 Pusat bandar Pasir gudang…
Oklah korang..happy shopping…

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE