Uncategorized

Dah setapak demi setapak!!

Assalamualaikum
Dah setapak demi setapak pun dia..Syok sungguh tengok dia berusaha untuk berdiri dan berjalan.Kalau kat rumah,dia akan rajin bangun sendiri,ambil barang,bangun lagi dan berjalan walaupun hanya dua tiga tapak.
Umi dia pulak rasa tak sabar nak tunggu dia berjalan elok.Barulah best bawak jalan dengan kakak..hehehehe…Kot lepas ni,umi dia yang lebih penat berkejar dengan dia kan,
Tengoklah,punya gigih dia nak angkat bontot tu..iskkk..seronok pulak tengokkan.Alhamdulillah,mungkin dia awal sikit berjalan dari kakak dia..baru sahaja melepasi usia setahun..Ada aku ceritakan kenangan harijadi dia yang pertama di entry Happy Turns 1 Nur Naura Auni .Syukur sangat-sangat,anak membesar dengan sihat walafiat,….moga terus diberikan kesihatan yang baik.
Yess..akhirnya dia dah hampir dah nak berjalan.Kakak fiyah setahun 3 bulan baru boleh berjalan.Tumbuh gigi banyak dulu,baru dia berjalan,Naura Auni pulak,tumbuh gigi sebatang,pastu baru dapat kaki..tak taulah bila nak tambah gigi tu…Tak kisahlah cepat atau lambat,janji pembesaran dan tumbesarannya baik-baik je.
Insya allah,kalau terus cuba dan mencuba,insya allah..akan berjalan dengan baik nanti..kipidap anak umi

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *