kisahsidairy.com

Penyamun Betul

Assalamualaikum
Kisah pagi semalam..Baru dapat up hari ni.Meh nak cerita,ape kes dengan penyamun Betul ni.
Dia memang penyamun,tak tau nak kategorikan penyamun tarbus ke whatever.Tapi kalau dapat,memang aku luku kepala dia.
Ceritanya,aku baru je masuk office lepas hantar anak aku pi check up.Tetiba whatssap berbunyi,tapi masa tu aku tak layan sebab,yelah..baru masuk office kan.so nak on pc,set up tempat kerja.barulah boleh bukak phone..Sampailah waktu rehat breakfast aku 9.45 pagi.Jiran aku call,eh!! dengar macam bunyi cemas je.”akak..call ida balik’..Eh..aku terus terkesima..kenapa pulak ni kan..So,aku call dia balik..Baru tau,rumah aku kena ceroboh..Weh!! sesuka hati je nak ceroboh rumah orang..Takde rumah ke..ufftttt!!! apa pun tak boleh.
“Cerita dari jiran aku,mamat tu dok duduk kat pondok berdekatan dengan rumah aku,mungkin nak usha line kot.Lepas tu,pelan-pelan dia datang dan bukak pintu pagar rumah aku.Weh!! masa tu jiran depan rumah aku ada dalam kereta dia nak pi kerja kot.Tapi dia tak keluar sebab ingat sedara mara aku mai datang rumah..Terus dia roger2 husband aku.Dalam pada masa yang sama,dia dok tengok apa penyamun tu nak buat.Itu cerita dari jiran depan rumah.
Jiran sebelah rumah pulak masa tu ada je kat luar rumah tu,memang mencurigakan,dia terus masuk dalam rumah sebab anak-anak dia dok panjat grill kat sliding door tu.dah namanya penyamun kan,dia berjaya jugak masuk dalam kawasan garaj kereta aku.Siap parking motor masuk dalam weh!
sumber:google
Tapi jiran sebelah rumah memang tak puas hati..dalam pada dia call aku tanye ada sesiapa kat dalam rumah,aku jawablah xde orang..memang takde pun kan..So dia cakap,memang sah orang tu nak mencuri.Terus dia jerit..Malaun yang nak cuba pecah kunci rumah aku terus lari..Tapi jiran aku cakap,dia buat kerja memang gerak perlahan.Tapi disebabkan jiran aku perempuan,tu yang lambat nak bertindak..yelah..dia dah jerit pun dah cukup baik kan..Kalau jiran aku lelaki,dah kena tibai gaknya.
Bila dah dengar macam ni,aku terus balik lah..Risau kot jadi apa-apa kat rumah.Seriau jugak masa tu nak balik,ingat macam nak bawak bodyguard je dari office ni,Tapi bila jiran aku cakap,dia dah lari,so tak jadi lah bawak.Sampai rumah,jiran aku dok cerita dari A to Z lah..Syukur sangat ada jiran yang prihatin macam ni kan..
Rantai dan mangga rumah memang dia dah kebas dah..So,terpaksalah beli yang lain..Sempat buat report polis..Walau tiada apa yang hilang,tapi report mesti kena buat.Jadi polis boleh memantau dan buat rondaan pada masa akan datang.Malam tu polis datang rumah,ambil-ambil gambar dan tulis statement dari husband.
Syukurlah masa kejadian takde orang dalam rumah kan..Risau jugak kalau jadi apa-apa yang tidak diingini..Memang kawasan rumah aku tu panas je dengan penyamun ni..Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni.ramai yang takde kerja,Bukan takde kerjalah,,tapi malas nak cari kerja.Kerja macam tu rajin pulak diaorang buatkan..uishhh..ape pun tak boleh!
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE