Uncategorized

Ramai dah balik kampung

Assalamualaikum
Seronok weh tengok wall fb hari ni.semua pakat dok share status balik kampung.Of courselah yang balik kampung ni,kampung jauh..Takat kampung dekat tu,hahaha..sendiri mau ingat.
Ada share kt entry yang lepas bila aku mula cuti beraya..Meh nak ingatkan lagi.Aku start cuti dari selasa sehinggalah ahad.Isnin aku dah mula kerja.Lagipun tahun ni raya kat johor je.So tak payah nak amik cuti banyaj sangat.Sayang pulak cuti banyak-banyak.Kena tolak gaji tu yang tak syok.
Kat bandar ni,senyap sunyi je rumah.Kalau kat kampung ni sure dah pong pang dengan bunyi mercun.Tapiiii…nak ingat kan kotang,tamolah dekatkan diri dengan mercun-mercun ni..bahaya weh!!
kalau kat kampung,dah meriah dengan pelita di tepi rumah dan tepi jalan.Tapi kt taman aku ni,dengar bunyi kereta je dok ulang alik..
Semangat dah nak balik kampung.Nak jumpa anakanda tercinta..sebak dah ni..Insya allah esok malam dah bertolak balik kampung.Tak jauh mana pun.Takat 1 jam je perjalanan ke kampung..so lepas berbuka,kemas kemas sikit rumah..dan bolehlah mulakan perjalanan…

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE