kisahsidairy.com,  nur naura,  parenting blogger

Tabiat Naura ketika selepas menyusu

Assalamualaikum
Dah lama jugak perhatikan dia selepas menyusu..Tapi bila di tarik,bukan main lagi dia tarik semula botol susunya.Lepas tu bila aku dapat tarik botol susu tu,mula dia mengamuk sakan,
Bukan apa,risau bila susu dah habis di dalam botol tu,dia hisap jugak,angin yang dihisap.Mulalah nanti perut kembung..Tu yang tak nak..Bila perut kembung,mulalah dia meragam.Jenuh la umi dia ni dok pulun minyak sapu kat betis,kaki perut semua.
Meh aku share sikit tentang kembung perut ni..Apa itu kembung perut..Seperti yang ditulis diartikel klinik umi ini kembung berlaku disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan(nitrogen,hydrogen,carbon dioxide,oxygen,methane) di dalam perut dan usus semasa proses penghadaman.Yang ini kita kategorikan puncanya daripada sumberdalam(endogenus.Kebiasaannya,gas/angin yabg terbentuk ini akan dikeluarkan semula melalui mulut dengan cara sendawa.Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus menyebabkan berlakunya kembung.Selain daripada itu,kembung juga selalu terjadi akibat menelan udara masuk.Yang ini pulak,kita kategorikan puncanya daripada sumber luar(eksogenus).Perasan tak budak-budak kecil yang menyusu botol selalu sangat menghadapi masalah perut kembung?Selalunya ummi akan tanya pada Parents cara diorang pegang betul susu.Selalu juga ibu ibu atau bapa ni pegang botol susu sambil lewa sahaja.Tak tonggengkan botol susu tu betul-betul.Jadi yang masuk dalam perut baby separuh susu dan separuh lagi angin..Ha…Kalau Naura yang dah pandai pegang sendiri tu,kekadang masa hisap susu pun dia sibuk bermain.Kekadang bila botol susu tu dah kosong pun dia hisap jugak..haisshhh..Yang risaunya tentulah umi kan.

Pada asalnya, gas yangterhasil daripada proses penghadaman ini tak berbaupun.Yelah..gaskan..mana ada bau.Malangnya,apa yang menyebabkan ia berbau adalah kerana semasa proses penghadaman berlaku,tindakan pemecahan protein turu menghasilkan asid butirik(yang mengeluarkan bau tengik)dan hidrogen sulfat(bau seperti telur tembelang)Maka,bayangkanlah apabila kedua-dua bau ini digabungkan,mnana tak pengsan kan,.Bau busuk kentut pun akibat dari tindakan bakteria mikroflora yang banyak di dalam usus dan atau daripada simpanan di dalam usus.

Itulah sebabnya aku sangat risau bila Naura ni hisap susu botol.Kalau tak dipantau,memang saja dia letak dalam mulut.Kes dia dengan kakak sangat berbeza.Bila kembung,Naura tak menangis berbanding kakaknya,pantang kembung..mau menjerit satu taman boleh dengar…hehehe..aku tipu.

So Nak je aku bagi puting kosong tu,Tapi natijahnya nanti gigi pulak tak cantik.aduhaiii..Dalam dilema betul kan..Cuma sekarang ni,aku akan pantau dia menyusu.Kalau boleh masa dia menyusu tu,aku akan pegang botol tu..Emmm..semakin manjalah kan dia..Tapi takpe kot untuk kebaikkan dia..Tu pun dia seboleh-boleh nak pegang sendiri..

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE