drypers club,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

Drypers Wee Wee Dry New & Improved Terbaru

Assalamualaikum
Semalam pergi ke Maslee untuk mencari keperluan Naura yang semakin susut.Selalunya dan kebiasaannya aku akan beli dua.Satu untuk di rumah dan satu lagi di rumah babysitter,,Senang sikit.Cuma bagi susu pula,aku akan beli 2 beg pada awal bulan dan 1 pek lagi untuk pertengahan bulan..Susu tu memang aku spare kan satu dirumah.Kekadang Naura boleh menyusu sehingga 3 beg sebulan.
Oklah,bercerita pasal pampers yang Naura pakai sekarang.Semalam dok jengah-jengah size L tu macam kecil je peknya.Selalu peknya agak besar sikit.Isi dalam ada 62 keping.
Tetapi di luar tulis New & Improved.Even More comfortable to move..Harap-harap kualiti terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Drypers memadai lah dengan harganya kan.
Bukan apa,lately ni ramai jugak yang complain pasal Drypers ni tentang kualiti pampers tu semakin menurun..Kalau mereka tak jaga kualiti,ditakuti pengguna Drypers akan beralih kepada Jenama lain.Tak ke rugi tu kan.,Rata-rata di Malaysia ni ramai pengguna Drypers..betul tak.
Drypers Wee Wee Dry New &  Improved Terbaru
Aku rasa packaging kali ni berbentuk potrait berbanding dulu berbentuk Lanscape.
Harga di Maslee masih offer rm32.90.So haruslah grab 2 kan..Selalunya drypes ni aku akan cari dalam harga macam tulah..Sebab lain kedai,lain harganya jugak.Lagi satu kekadang ada shopping mall yang ada sales menggila-gila..So masa tulah kita beli banyak sikit..Jadi boleh jimatkan sikit perbelanjaan kan.
Drypers Wee Wee Dry New &  Improved Terbaru
Nampak lebih nipis
Kualiti?? Kita tengok dan lihat nanti..Baru nak test kat Naura..memandangkan stock lama adabanyak lagi..Kena tunggulah ye resultnya.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *