kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger

Bila Naura Dan Awfiyah Berjumpa

Assalamualaikum
Dua hari bercuti.Asyik bercuti jelah kan kerjanya.Nak buat macam mana,kalau dah tak sihat baiklah ambil mc dari kerja pun tak fokus.
Bila dah dua hari mc ni,umi ambil kesempatan la untuk menghabiskan masa balik ke kampung.Memanglah tak dapat nak berehat dengan sewenang-wenangnya.Tapi bila dah dapat jumpa dengan anak-anak ni.Hilanglah segala sakit,penat.letih dan sebagainya.
Dikesempatan tu jugaklah umi dapat merakamkan moments indah antara dua beradik ni.Esok² besar,jarang dah dapat ambil gambar mereka macam ni kan.
Kakak fiyah ni bila baby(Naura) balik sana,kemain suka lagi.Ada kawan gaduh.Tapi selalu sangat kalah dengan adik dia.Apa taknya,apa yang kakak ada,itu yang adik nak.dan apa yang adik ada,tu jugaklah yang kakak nak.Kekadang tu,berebut,bergaduhlah jugak.
Selalunya adik yang mengalah bila ada perebutan macam tu.Adik tu diam jelah kalau kakak dia rampas barang yang dipegang..Tapi dalam diam tu,ada jugaklah kena serangan gigitan dari adik.Maklumlah,adik tu dah gatal gusi.Memang sedaplah dia menggigitnya.
Biar gambar berbicara
Dapat keluar outing dengan anak-anak dara ni..Seronok melayan walau rasa kelam kabut.Nak cari baju raya diorang pun rasa kelam kabut.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *