Uncategorized

Dia Dah Mula Merangkak

Assalamualaikum
Harap korang tak bosan baca entry aku ni..yelah.asyik dok cerita pasal anak je kan…Tapi aku tak paksa kalau korang tak nak komen kat entry ni..nak baca je pun boleh..takde masalah pun.
Pernah dulu aku ceritakan tentang 10 cara rangsang bayi merangkak.Dalam entry ni aku ada share tentang rangsangan untuk bayi cepat merangkak.Yelah,kat rumah tu pun bukan ada pape pun..Jadi sangat luas untuk dia merangkak ke mana-mana.Cuma nak kena pantau sebab tiba-tiba je dia kan hilang.Dimana dia menghilang?? Haruslah di dalam bilik.Bila dah dalam bilik tu,mulalah dia mengemas baju-baju umi di tingkat baju tu..Bila merangkak dah bermula,dia akan berdiri pula.Pantang ada tempat yang boleh membantu dia untuk berdiri.
Bila tengok dia berdiri kat buai ni,memang seriau je tengok..Tu pun dah jatuh-jatuh
Naik balik jugak.
Biasalah budak kan,tak pernah serik untuk melakukan sesuatu..Selagi boleh dia akan cuba.
Ni pulak dekat bilik..
Dalam rumah memang takde sofa pun..Al-maklumlah..baru nak hidup berdikari..banyak yang takde..
Sekarang ni,memang dia semakin aktif untuk merangkak dan berdiri..Bila berdiri tu,pandai pulak nak lepas-lepas tangan…apakah raya nanti dia sudah pandai untuk berjalan..Umi pulak tak sabar nak tunggu si adik ni berjalan..Nanti boleh la together dengan kakak pi beraya…sweet kan??

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *