Assalamualaikum
Itu hari aku ada cerita pasal naura di Entry Bila demam kembali semula.Rasanya dah dekat seminggu selsema Naura tak kebah lagi.Umi pulak yang risau.Nak ke klinik ,minggu lepas baru je ke klinik..Kalau selalu sangat pergi dan sogokkan dengan ubat,..Jadi apa pulak ye.
source:google
Yang paling buat umi risau,bila dada berbunyi.Itu menandakan ada kahak tersembunyi yang tidak boleh dikeluarkan oleh naura.Biasalah,budak-budak bawah setahun ni,manalah pandai nak buang kahak sendiri.Takkan nak ke klnik untuk dapatkan neb lagi..Yang tak boleh diterima bila nanti,bab sedut kahak.Bukan ke sakit..Kesian pulak si naura..Dulu kakak fiyah pun sampai masuk hospital.Rasa dah beberapa kali jugak kena sedut..Sakit ooo...
Walaupun dia selsema dan berkahak,dia tetap aktif macam biasa..Makan dan minum pun macam biasa..So,taklah umi khuatirkan sangat.Tapi dalam pada masa yang sama,umi risau jugak kalau semakin teruk.Sebenarnya kahak dan hingus ni boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia.Bronkitis terjadi apabila Mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak.Jadi,ruang udara menjadi kecil dan boleh mengakibatkan batuk.
Bila dah jadi macam tu,selalunya parents akan pergi ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.Penggunaan nebulizer adalah untuk membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna pula alat untuk menyedut kahak.ada jugak aku baca disini.
Di rumah juga,kita boleh menggunaakan proses yang sama menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Semalam lagi aku dah menggunakan Kaedah stim (wap air ) dan teknik percussion(teknik tepuk).Untuk menggunakan Kaedah Stim,aku hanya gunakan besen yang berisi air panas dan hirisan bawang putih.Tak sempat weh nak ambil gambar bagai disebabkan semalam tinggal umi sahaja di rumah..So xde lah photographer upahan.
Untuk pengetahuan korang Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan
- food warmer
- bottle sterilizer
- periuk nasi elektrik
- on shower air panas dan bilik air berwap,masuk bersama bayi
- besen berisi air panas.
- Tablet bwang putih shaklee
- Minyak bawang putih
- Bawang putih yang diketuk
- Habatus sauda
Posisi bayi ketika steaming
Baringkan bayi mengadap wap air,Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki bayi dan biarkan kaki bayi lurus.Kalau nak cover guna selimut pun lagi bagus.Cuma bab ni,baby memang menggelupur sebab kena wap panas tadi.Tapi selama steaming dilakukan,memang bagus kalau bayi nangis..Jadi dia akan sedut wap tu.Cuma ibu bapa kena tahan lah bila tengok anak nangis.Lakukan selama 10-15 minit.Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.
Tak sempat nak ambil gambar untuk teknik yang aku buat pada Naura..Insya allah..hari ni akan buat lagi pada dia..Semalam sempat buat dua kali untuk dia...Aku menggunakan besen sahaja.Dan letakkan naura dalam posisi kepala di besen dan aku letakkan kain menutupi kepala dia supaya wap tu terus masuk ke dalam hidungnya.Masa tu agak kelam kabut sikitlah sebab dia menangis.
source:google
Percussion
Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak.Boleh dilakukan selepas steaming.Tapi bagi aku,semasa kaedah steaming ni,masa tu kita buat percussion..So,kahak boleh keluar melalui hidung atau mulut.
Selepas sahaja proses steaming dilakukan,boleh la sedut keluar hingus menggunakan nasal aspirator.Aku tak guna sebab kat rumah takde...
So aku akan buat teknik ni terus sehinggalah hilang bunyi wheezing kat dada dia tu
Disamping tu aku buat minyak bawang putih untuk aku sapukan di dada dan belakang ,serta betis dan tapak kaki.
Moga dia cepat baik lah hendaknya..Walaupun dia nampak sihat,tapi dalaman kita tak taukan...Tapi lepas buat steaming ni,memang lena dia tidur..
nice sharing
ReplyDeletehttp://www.tashaqisha.com/
wap panas tu kena jaga-jaga tahap panasnya..sebab kulit bayi nipis kan..
ReplyDeletemoga cpt baik..
ReplyDeletebgs akk share bnda ni.
selsema mmg buat baby x selesa.. kita yang dewase pun kalau dpt selsema mmg lemah badan. Fiza pernah dah buat, mmg baby akan nangis kuat.. sian pulak ngknye..
ReplyDeleteAnak saya yang baru umur setahun pun batuk-batuk dengan selesema baru ni. Agaknya tengah musim kot. Saya tak pernah try steaming, cuma guna cara percussion je. So far, ok la sebab once saya dah buat, batuk anak saya makin reda.
ReplyDeletethanks for sharing... memang bermanfaat... :)
ReplyDeleteAlaaa...kesiannya Naura...eh kak, ahak-agak la kan..kalau buat steaming kat diri sendiri jadi tak yer..? Sally dah 5 hari demam :(
ReplyDeleteAssalam.. maaf lama x singgah. Wah tips menarik ni, tsq share yer
ReplyDeleteSaya biasa buat teknik tepok jer... Steaming tak pernah lagi...
ReplyDeletenice sharing akak.. dulu Emir kecik2 kerap jugak kena neb..tp bila makin besar nie Alhamdulillah tak lagi...=D
ReplyDelete