kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  nur awfiyah,  nur naura

Bila demam kembali semula

Assalamualaikum
Bulan ni je dah dua kali pi klinik bawak si Naura tu..Minggu lepas masa bawak ke klinik,dia cuma demam je.Dua hari je dah baik.Tapi minggu ni,rasa demam lagi,Ingatkan memang taknak bawak gi klinik lagi memandangkan ubat masih ada.Lagipun,taknak la bergantung pada ubat.
Hari pertama,memang dengar dia batuk,tapi aku banyakkan bagi minum air masak,risau dia kurang air,demam pun aku just lapkan dengan tuala basah di badan dan di celah-celah ketiak juga kelengkang dia…Lepas tu macam on off pulak demamnya,sehinggalah semalam,dengar bunyi nafas dia kuat,rasa macam dia nak bernafas pun payah..Nak taknak malam tadi pergi jugak klinik
Sah!!! memang bunyi tu buat dia semput sedikit.Doktor kata budak kecil memang senang nak kena jangkitan kuman kat paru-paru dia..Malam tadi doktor bagi neb.Sengsara nak bagi dia neb tu.Yelah,budak bukan suka pun kalau dia buat macam tu.Nangis macam kena pukul la jawabnya
Lepas dah dapat neb tu,kurang lah sikit bunyi tu..Doktor pesan,kalau bunyi kuat lagi macam sebelum ni,kena bagi neb lagi.
Pagi ni.ada jugak dengar sikit-sikit,tapi tengoklah macam mana.Kalau teruk aku bawak gi klinik lagi..emmm..harap dia oklah..Tamo banyak sangat makan ubat..
Nasib baik kakak tak demam…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE