food Review,  foodporn,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai

Assalamualaikum
Semalam nak pi tempah kek untuk anak dara sorang tu.Teringat dekat tempat aku tu ada satu kedai bakery baru bukak..tempat nampak dari luar memang best..tapi..MEMANG best pun…hehhe..chillax je makan kat situ…Memang suggest kat korang yang nak chillax dengan kengkawan..yang bawak anak tu,korang faham-faham jelah kan..hahaha..Macam aku ni,tak boleh nak chillax sangat..
Ok..Cafe ni sebenarnya milik SDS group.Cuma dekat sini siap ada Cafe..Sebab tu kedai ni namanya SDS bakery Coffee Pastry Cake .so selain dari makan kek dan roti,korang boleh jugak makan western..Eh..yang tak western pun ada..
So,orang kota masai boleh la singgah kat situ..Tapi kalau malam,memang ramai orang tau!
Aku memang suka dengan suasana Cafe macam ni..Jom kita tengok apa lagi yang menarik tentang Cafe ni
Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Ruang makan yang sangat selesa..Boleh pilih samada nak yang aircond atau tak.
cake sds
Pelbagai jenis kek kat sini..Tak payah nak tempah bagai..Siap terus..Masa aku nak Order cake aiskrim yang dah siap pun,diorang tak kasi tempah..Terus datang pick up je.
Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Menu kami malam tu,as usual aku akan cuba Spaghetti carbonara..Sedap!! cuma masin sikit…Aku tak tau diorang guna cheese ape…heeee
Husband aku pulak makan Roasted chicken..Gitulah namanya

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Air pulak kami order Honey lemon untuk husband and  Hot americano brewed..sedap!!
Eh…ada pulak tangan comel yang nak merampas kopi umi dia ni..haipp!! tak boleh…
Untuk dia umi add on wedges…uihh..Tak menyabar orang ni nak makan.
Belanja gambar kami dua beranak..Babah as usual..taknak masuk dalam gambar…hehehehe
Oklah..kalau korang nak menikmati hidangan sdap dari SDS ni,boleh la terus ke alamat di bawah

Address: 2, Jalan Tembikai 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *