kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  potluck

Sesekali Ber”Potluck” Di Office

Assalamualaikum
Cerita ni berlaku pada hari bitrhday girl..hehehe…baru hari ni nak share.Bukan tak menyempat,cuma..emmmm..malas lah nak cerita lagi pasal komputer buruk aku ni.
Oklah..Potluck ni bukan satu department..ada lah dua tiga department yang join.Cumanya,dalam satu department tu bukannya ramai pun orangya..Of courselah yang join portluck ni cuma perempuan sahaja.
Kami berenam masa tu saja je bercadang nak berpotluck.Lama kot tak makan-makan dan masak sendiri.So,bila dah together makan tu,nampaklah kan kemeriahannya..
Mungkin selepas ini akan kerap ber potluck lah kami memandangkan seronok makan bersama-sama di dalam office ni..hehehe..Walaupun menu kami tu tak sekadar ala-ala sahaja,tetapi tetap menjilat jari kan..hehehe..
Siap bawa periuk nasi..baru best makan panas-panas kan nasinya tu…

Inilah antara menu kami pada tengahari tu,biasa-biasa je..Tapi meriah..hehe

officemate aku..kurang lagi dua orang yang menjoinkan potluck hari tu..hehe
abaikan orang yang terlebih excited tu
Potluck ni bagus sebenarnya..Bukan hanya dengan rakan-rakan,tetapi adik beradik,family semuanya boleh.Potluck ni boleh menjalinkan dan merapatkan hubungan kita sesama kita.Apa itu Potluck??
Potluck
Amalan potluck ini banyak diamalkan di kebanyakan pejabat mahupun sekolah ataupun kilang,pendek kata di mana-mana sahaja.Ini boleh dikatakan win-win situation,kita bawa,kita pun dapat kenyang.Kan seronok!
Saya memang tak sabar bila tunggu hari nak buat potluck sebab masa ni lah nak makan yang sedap-sedap.Tapi malangnya sekarang saya tak berpeluang lagi nak merasai suasana potluck ni. Tunggulah nanti kalau dapat transfer sekolah baru,harap-harap dapat merasai kembali berpotluck.

*Pada sesiapa yang tak tahu apa itu potluck,Potluck ialah satu keramaian ringkas di mana setiap orang membawa juadah/makanan/lauk/snek yang berbeza dan dimakan bersama-sama.Dilaksanakan samada seminggu sekali,2 minggu sekali atau sebulan sekali,terpulang pada komuniti tersebut.Tapi sebelum tu eloklah berbincang dulu,manalah tahu tiba-tiba semua orang bawak juadah yang sama tak ke haru.(Ini definisi saya sendiri).
Kira,memang baguslah kan potluck ni diadakan..next week kita berpotluck lagi ye

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *