kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

5 Thing I Hate Most

Assalamualaikum
Lama kot tak kena tag dengan rakan blogger.Ianya tentang 5 perkara yang dibenci..5 perkara je? padahal banyak kot yang dibenci..hahahaha..

Bila ada kelapangan ni,apa kata kita join je tagging blogger  ni kan..Apa salahnya.
Oklah..Apa ye 5 perkara yang paling aku tak suka…
Isi minyak
Nampak macam senang kan,tapi itulah yang paling tak suka..Kekadang tu signal minyak tu dah kuning pun masih buat tak tau.Kekadang tu sampai sanggup tunggu husband yang isikan..hahaha..Kalau dah terpaksa sangat je aku akan isi.
source :google

Hari Ahad

Sebabnya,hari ahad Johor cuti tak sama dengan negeri lain.The most i ever hate adalah,waktu cuti tak sama dengan husband.Susah kot nak gi mana-mana..Nak balik kampung pun susah..Jadi weekend aku akan terperap kat rumah dengan anak!!Hope Johor will change that!!
Cari Baju Kerja
ishhh…Ni lagi satu..Setiap hari akan termenung kat wardrobe..Tak tau nak pilih baju apa,tudung ape nak pi kerja..Macam lagi senang kalau company aku ada uniform sendiri..Pendekatan yang sangat selamat..

Parking Kereta Salah
Ni kekadang rasa nak pecahkan cermin kereta orang pun ada.Kekadang ,bila kita parking dengan elok..ada je orang sebelah dok menyenget sampai kita nak masuk kereta pun payah.Satu lagi orang yang suka block kereta kat tempat parking..Pernah terjadi pada aku,dah la dia block kereta aku.Parking memang betul-betul depan kereta aku.Lepas tu buat muka tak bersalah bila aku terpaksa pergi kat announcer tu mintak dia alihkan kereta..Lepas tu dia masuk kereta macam orang tak bersalah tanpa say sorry atau angkat tangan dengan aku…iskk..macam nak debik je.
Bila takde idea nak update blog.
Uishh..Ni kekadang banyak kali berlaku pada aku..Cerita ada,cuma nak mengarang tu,rasa tak sampai idea tu kat aku..Kekadang sifat M tu melekat..emm..memang pandang tepi jelah blog tu
hahaha..ok ke…sebenarnya banyak kot yang tak suka..Tapi disebabkan mereka nak 5 Thing i hate Most..So..please read…ok baiii
SO!! tiba masa aku nak tag pulak mereka yang membaca ni…jom..jom…

  1. Mar mansor
  2. azhafizah
  3. Asha Lya
  4. Diana Rashid
  5. Zumal

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *