Uncategorized

Seven Seas Multivitamin Syrup supplement Terbaru untuk Naura

Assalamualaikum
Hati ibu mana yang tak risau kan,bila anak tiap-tiap bulan akan ada demam,batuk dan selsema.Ubat jangan cakaplah,rasanya dua bulan sekali mesti jumpa doktor.Kekadang tu sebulan sekali pun ada.
Baru je keluar hosital 2 minggu lepas.Aku ada ceritakan tentang Naura warded di hospital Kota Tinggi di Entry Naura Warded .Ubat pun tak habis lagi.Walaupun Naura breastfeeding,tapi antibodinya taklah sekuat mana.Kesian pulak bila dah batuk dan selsema tu.Yelah..Nak tido pun payah.Pulak tu time kena batuk dan selsema pada tengah malam.Tengah syok nak tidur,mulalah batuk dan selsema dia tu.Nak kata sejuk tu tak jugak sebab dia berpeluh.Takkan nak tutup terus kipas..Lagi la panas..Lagi la dia tak selesa.
Kebanyakkan yang aku google tentang supplement ni,semuanya untuk 1 tahun ke atas.Risau pulak nak bagi.Nak jugak kan bagi Caliph ke,Qaseh ke,Tapi semua untuk setahun ke atas.So,ada lah officemate cadangkan kat aku supaya mengambil supplement dari Seaven Seas ni.Boleh bagi untuk bayi 1-12 bulan..
Seven Seas Multivitamin Syrup
Refer atas ni..
Tu yang aku berani beli ni..Lagi satu ianya boleh dicampurkan dalam susu anak.
Apa kelebihan yang terkandung di dalam Seven seas Multivitamin syrup ni
  • Vitamin A-Helps to maintain growth,vision and tissue development
  • Vitamin A,B1,B3-Help to maintain good helath and helps normal growth & development
  • Vitamin D-Helps in the normal development and maintenance of bones and teeth
Seven seas Multivitamin syrup ini  juga mengandungi 8 vitamin,DHA,Yummy orange juice..Mestilah budak-budak suka kan..
Bagi aku itu dah cukup complete untuk Naura.Asalkan dia memberikan result yang ok tentang kesihatan anak,oklah kan.
Baru nak bagi hari ni,kita tengok perkembangannya nanti
Seven Seas Multivitamin Syrup
100ml dengan harga Rm23.30
Ajak member makan sekali kat pusat bandar tadi,sempatlah ke watson.Tak sabar rasa nak bagi naura mencubanya.

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.