kisahsidairy.com,  nur naura

Naura Warded!!

                       Assalamualaikum
Bila kesunyian dalam wad ni,anak syurga umi pun sedang tidur dengan lenanya,dapatlah umi mengupdate blog kesayangan ni.
emmmm..1stday naura dimasukkan ke wad,setelah 3 hari demam tanpa kebah.Umi  pun rasa ubat klinik swasta dah tak boleh menyembuhkan lagi anakanda Naura.
Pagi tadi jugak,umi bergegas ke Hospital.Pagi tadi memang panasnya lebih dari 39.Masuk bilik doktor terus diberikan ubat bontot.Lepas tu amik darah pulak.Dapat keputusannya,doktor sahkan ada kuman di dalam darah Naura.Patutlah tak kebah-kebah demam anak umi ni

Masuk wad,masuk air..Masa ni memang tak boleh dah nak berenggang dengan dia.Kalau sedar umi takde kat sebelah,confirm nangis.
Hara beransur pulih la hendaknya.Tak tahan hati umi bila susu dan makanan tak boleh diterima tekak anak.
Tinggallah kakak fiyah kat rumah baik baik..
Doakan anak syurga umi cepat sembuh ye..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE