Homeschooling genius syurga,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

Kisah Naik sekolah dan Babysitter

Assalamualaikum
Seronok wehh tengok ramai yang upload gambar anak pi sekolah..Teruja tengok gambar-gambar anak-anak memakai pakaian sekolah.Aku?? Lambat lagi nak jadi mak yang sibuk dengan urusan sekolah.Baru ni sibuk nak mencari babysitter baru untuk Naura.
Meh cerita sikit.Sebenarnya sebelum ni Awfiyah dan Naura di jaga oleh adik aku.Adik aku duduk sekali dengan aku disebabkan laki dia pun balik sebulan sekali.Maklumlah..orang keje luar negara…hik..hik..Tu yang payah balik tu.So,disebabkan tulah aku heret dia dok sekali ngan aku.Tapi rezeki dia buat kali kedua dah sampai,bakal melahirkan anak bulan 4 nanti.Terpaksalah cari babysitter awal,yelah sekarang ni pun dia dah tak larat nak jaga dua orang tu.
Awfiyah? awfiyah ikut balik kampung.Yelah..dia dah besar,susah sikit nak serasi dengan orang baru.So,keputusan untuk hantar dia balik kampung dipersetujui oleh semua pihak.Tapi Naura tak ikut sebab dia still baby..senang nak bagi orang jaga.Lagi satu dia still lagi breastfeeding.Tu yang terpaksa berpisah dengan kakak dia.Walaupun keputusan tu TERPAKSA!! tetapi aku harus merelakan..tetiba ai is touching!! sob..sob..
Dah..Takmo sedih².Dua minggu sekali ummi datang jenguk kakak..Please behave dengan Nenek ye.Takdelah orang nak gaduh berebut handphone dengan ummi.
Wah..ramai yang upload gambar anak-anak ke sekolah beb!! suka sangat..macam-macam ragam diorang ni kan..Of courselah hari pertama mak/pak dok teman diorang pi sekolah.
Antara anak buah yang baru memulakan persekolahan..Memang anak-anak buah aku semua kecil².Yang paling besar pun tingkatan 1 ko!!.Tahun depan tambah dua..Habis kopak duit makngah dia ni..hahah
Apa pun untuk anak buah dan anak-anak yang lain,selamat memulakan persekolahan.Moga menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *