kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  review product

Shampoo Dove Volume & Nourishment Di genggaman

Assalamualaikum
Alhamdulillah…Dah pun berada di genggaman..Sebenarnya shampoo ni dah lama dah dapat kat aku..Baru ni nak update..Baru balik dari bercuti..Mood untuk mengarang entry pun masih kurang.Kerja pun banyak lagi nak settlekan.Actually Shampoo Dove Volume & Nourishment ni aku dapat melalui giveway dari yaya natsumi..Ni..cer korang jeling-jeling kat link ni Yaya Giveaway
Mula terfikir masa dapat parcel ni sebab Besau Ko!!
Shampoo Dove Volume & Nourishment
Ok..Meh aku cerita sedikit tentang Shampoo Dove Volume & Nourishment yang baru aku terima ni.
Dove Volume  & Nourishment  dirumus dengan Teknologi Oxyfusion dan dicipta khusus untuk menjadikan rambut lebih kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% serta memberikan khasiat supaya rambut kelihatan cantik dan sihat.Penyelesaian bagi rambut yang nipis..

Shampoo Dove Volume & Nourishment
Di Dalam box ni mengandungi 
Shampoo Dove Volume & Nourishment
Shampoo
Conditioner
Towel yang cantik tu!!
Ehem..sempat la kan berselfie dulu dengan hadiah yang dimenangi tu
So far memang aku suka bau dove ni..Tapi dove yang baru ni bau dia lain sikit la,tak sama dengan bauan Shampoo Dove yang lama tu..Tapi bau tetap wangi..heheh
Jimat la nak beli shampoo selama dua bulan ni..Bagi aku penting jugak mencari shampoo yang sesuai dengan rambut kita.Bukan main boleh beli je..Lagi satu kenalah try and error kan.Nak lagi jenis yang bertudung.Tak semua shampoo sesuai.Satu tips dari aku,Kalau  nak mencuba sesuatu,aku akan pastikan beli yang bersaiz kecil dahulu.Kalau ok,barulah beli yang besar terus.Lagipun rugi pulak kan kalau terus beli yang besar,lepas tu tak sesuai dengan kita.
So far Dove Volume & Nourishment  boleh dikatakan sesuai dengan aku.

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.