Uncategorized

Jadual Imunisasi Naura Tertunda

Assalamualaikum
Sebelum tu,Entry untuk anakanda Naura terbengkalai dek kerana ummi terlalu busy.Walaupun niat nak update tentang Happy 4th  Monthsary Naura selalu tergendala,tetapi umi tetap ingat tentang perkembangan anak-anak ummi.
Semalam sepatutnya Naura dah dapat Imunisasi DTAP 2 sedangkan orang dah habis dengan DTAP 1-3 tetapi disebabkan anak ummi dah dua kali demam bila nak dapatkan injection.Terpaksalah postponed kan..Masuk ni dah dua kali postponed..Tapi apa nak buat.Kesihatan adalah yang paling utama.Takkanlah anak demam,nak bagi injection pulak kan.Lagi satu dekat mulut Naura ada kulat susu sikit..Jumpa doktor ,dia kata tak teruk sangat..Lega hati ummi..Kakak awfiyah pun pernah kena kulat susu tu 
Syukur demamnya tak lama..Mungkin demam nak beralih bulan je tu.Tapi sebagai ibu,kita tetap akan rasa tak sedap hati bila anak dah demam ni.Mulalah malam payah nak tidur,asyik sekejapan tengok keadaan dia..Check jugak samada badan semakin panas atau tidak.Biasalah bayi ni kalau dah panas takut kena sawan je..
Part tu yang paling merisaukan ummi..Alhamdulillah..kakak dia sihat walafiat sehingga sekarang.
Walaupun demam,tapi still ok lagi masa kat klinik.Tak banyak meragam
Waktu ni kakak tak ikut.kat rumah je..Kesian pulak kalau nak bawak dia,dengan bersesak-sesak orang kat klinik tu,tak selesa pulak.
Nampaknya bulan depanlah baru ambil injection DTAP2.Harap-harap tak demam lagi lah masa tu.
Happy Monthsary sayangness!!! Moga menjadi anak yang solehah..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *