breastfeeding,  kisahsidairy.com,  parenting blogger

Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my

Assalamualaikum
Breasfeeding Journey :Beli Breastmilk storage di 11street.my | bagi ibu-ibu yang breastfeeding anak ni mesti fikirkan pasal storage kan..hehehe…aku la tuh..Nak cari breastmilk storage bag ni pun kekadang payah jugak.Yelah..kat pasaran sekarang ni,ada yang jual mahal,ada yang jual murah.Ada jugak yang jual combo macam pembelian sebanyak 5 box ke atas dapat diskaun ke..tu CONTOH!!
Dari 1st journey aku breastfeeding Naura,Mulanya macam tak kisah la kan storage bag tu harga berapa sebab masa tu stock pun tak banyak.
1st Breastmilk storage bag yang aku gunakan adalah jenama fiffy..
Jenama Fiffy 
harga rm11.90(kalau tak silap aku lah) Ni aku beli kat kedai baby di bandar penawar
Lepas tu aku beli pulak jenama autumz..Aku suka jugak pakai yang ni…Tapi masa tu aku tak berapa nak consider dengan harganya
Jenama Autumnz
Aku suka jenis ni..Tapi baru 2 kali aku guna jenama ni beb..harga lebih kurang jugak la rm13.90 kot
Then lepas tu stock dah banyak..Aku guna pulak bekas dadih sebab lebih murah dan banyak.Tapi….
Tak cukup ruang pulak untuk simpan stock susu..yelah..bekas dadih tu kan besar jugak..takat freezer rumah aku ni,bukan lebih simpan banyak sangat.Habis ayam,ikan tu dah tak dapat ruang dengan selesa dengan lambakkan stock tu..ececeh…Actually,stock aku tu taklah sampai beratus-ratus..Tapi tetap bersyukur dengan stock yang ada.Alhamdulillah..
La ni..sibuklah mak ni dok mencari storage bag yang murah-murah..Bukan apa..Kalau guna breastmilk storage bag ni,jimat ruang sebenarnya.Boleh la korang leperkan dia macam kat bawah ni
ni ha..macam ni..uih..jeles sey tengok dia yang super banyak ni…kalah den…heheh
Kenyang anak kalau susu mak banyak ni.
sumber:aku google je
Sebab tu aku syorkan pada bakal bakal ibu yang berniat nak BF anak,cari ilmu semasa/sebelum  korang mengandung lagi..At least bila dalam pantang,korang tau apa yang korang kena buat untuk buat stock EBM sebelum korang naik kerja.
Kena buat jadual untuk mengepam waktu pantang..Kena kerja kuat sikit la kan…Tapi jangan skip DF anak tu.Pastikan korang minum air banyak.Disarankan 3 liter sehari..Kalau tak minum air banyak,maka takdelah suus beb..Yang paling penting amalkan konsep Demand vs Supply.Apa tu??Maksudnya semakin banyak kita DF dan pump,semakin banyak la susu yang terhasil kan.
Itu adalah kesilapan aku masa berpantang..Tak buat stock,tak buat power pumping dan tak rajin nak minum air dan tak juga menggunakan kaedah demand vs supply tu..No..No..jangan ikut aku..Nasihat ni aku bagi yang betul-betul niat nak Breasfeeding anak dia..Tapi aku tak salahkan mereka-mereka yang menggunakan susu formula tu..Sebab apa,,Allah maha mengetahui untuk sekian umatnya..Mungkin ada sebab mereka-mereka yang tak boleh nak BF anak..wallahualam
Oklah..jangan lupa nasihat aku..La ni..dok terkial-kial nak kumpul stock..Buat power pumping sekerap yang mungkin..Untuk dapatkan stock yang banyak..Tambah lagi sesi mengepam..Dan kerap DF naura.Takde had untuk DF Naura pada waktu malam..Time dia nak.memang selalu bagi..Nanti dia dah tidur barulah ummi terkial-kial buat Power pumping.
Lenguh wehh menaip..Untuk tujuan aku yang asal..setelah puas menggoogle dan survey storage bag di online shopping,maka dengan gumbiranya,mak terjumpa yang murah dan berkualiti..yeayy!!
breastmilk storage bag
5 X Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag (12oz)

Murah ke dok!!..Bagi aku ni dah paling murah…ada double lock..jadi takde la leaking susu tu kan..Korang rasa murah ke mahal ni…tu ada diskaun lagi rm10 kalau korang sign up kat 11street ni
Kalau nak tengok lain-lain brand pun ada..kroang boleh ke sini http://www.11street.my
Dah pun buat payment…tunggu barang sampai jelah nampaknya ni..
Cer korang cerita jugak,pasal storage bag yang korang beli..murah ke mahal..nak jugak tau…kalau cerita panjang berjela,korang letak link ,nanti aku baca pasal breastfeeding journey korang.
My breastfeeding journey..pic of the day…walaupun tak berpuluh oz sehari,tapi alhamdulillah..syukran..cukup untuk Nur Naura Auni..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

18 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *