food Review,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

Menikmati Coffee Legend – Rileks,respond & Chill

Assalamualaikum
Di sekitar Johor bahru ni,yang setakat ni aku tau atau kat tempat lain dah ada dah..Itu aku tak tau..hahaha…Baru-baru ni rasa viral jugak la di fb aku pasal Coffee ni..Actually yang paling viral adalah Pirate Coffee.Memang dah banyak jugak kiosk-kisok di sekitar tempat Pasir gudang ni.Cuma aku belum berkesempatan untuk merasai kenikmatannya lagi,
Hujung minggu hari tu,masa balik dari servis kereta,ternampak Coffee Legend bukak kiosk tepi jalan..Cakap kat husband,nak cuba tak coffee ni.Husband apa lagi,tak menolak la kalau berkaitan dengan ais ni..memang pebret dia kot.Pergi le kami menjengah kat situ..Tanya apa yang menarik kat owner kedai tu.Dia kata semua sedap..ho lah!! takdenya kan penjual kata menu diorang tak sedap.
Dia kata,kiosk ni baru berada di pasaran baru hari ni.Maknanya kami antara orang pertama merasai Coffee Legend ni.
Aku pilih pebret aku lah kan Mocha.Cuma beli satu je
Banyak lagi perisa yang ada..Pilih je mana yang korang nak.
Tapi taklah sama macam yang jual kat starbuck tu.Tapi bagi aku oklah..Sedap..cuma disebabkan aku kurang minum ais,so banyak husband yang minum habiskan.Kalau ikutkan hati nak je sedut sampai habis…Tapi fikir nanti bby nak BF,kesian kat dia..
Oh..lupa pulak..Harga untuk satu cup kalau tak silap aku rm6..Lagi satu cup dia besar weh!!! puas hati.
Untuk warga pasir gudang,korang boleh cari Coffee Legend ni kat kawasan tapak pasar malam di Jalan Betik pasir gudang..
Terima kasih kerana sudi membaca :-http://www.kisahsidairy.com/2015/11/menikmati-coffee-legend-rileksrespond.html

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *