kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  RESEPI

Aiskrim Homemade yang Mudah

Assalamualaikum
Cerita pasal minggu lepas kot!!…Tapi masih sempat nak share walaupun dah lapuk cerita ni.
Biasalah kan..Bila dah jadi mak-mak orang ni,ada je benda nak buatkan untuk anakanda tu..Bukan tamo nak beli kat luar,tapi bila dah sekali sekala tu,berkat kerajinan ummi dia weekend tu.Maka terhasil lah Aiskrim homemade yang mudah dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah dan sudah tersedia ada.Cuma rajin atau tak je nak buat.Anak pun suka..Tak boleh la guna perkataan anak-anak sebab sorang je anak yang boleh makan aiskrim.Yang baby tak boleh makan lagi.
Resepi dah lama tersemat kat phone,cuma belum ada masa je nak buatnya.Dah..dah..Kalau korang nak juga buat aiskrim macam aiskrim wall selection tu,Meh la aku share resepi tu kat sini
Resepi Aiskrim Homemade Mudah 
1 tin susu cair 
1 tin susu pekat(korang boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 biji telur
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu besar Ovallete
** Untuk perasa tu nanti korang boleh la letak macam-macam dalam aiskrim contoh milo,jagung,keladi,strawberi Omelco,atau korang boleh letak oreo hancur
Cara cara nak buat je senang je.Korang mix je semua bahan dan mixer sampai dia bertanduk.
Eh..kalau korang nak tau.aku guna blender je..Blend la sampai dia bertanduk.
Lepas dah keluar tanduk kental ,korang letak dalam bekas lain.Lepas tu boleh la korang letak flavour apa yang korang nak.Macam aku just letak milo dan jugak original rasa vanilla tu.cuma letak pewarna je bagi dia cantik.Lepas tu letak la dalam bekas apa-apa pun..Macam aku ni..
Tadaaaaaaaaaaa……
Siap untuk dimakan..heehe…Buat sikit je,buat banyak takde orang nak makan daaa…
Oklah..enjoy your aiskrim
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE