Uncategorized

Aktiviti Hari Minggu Di Kampung

Assalamualaikum
Dapat menikmati percutian di kampung bagi aku satu perkara yang sangat super duper best!! Lagi lah kalau dapat berkumpul adik beradik.Memang jenuh la mulut mak membebelkan cucu-cucunya tu.
Dan kali ni,tak semua pun yang balik,yelah,Adik beradik aku walaupun ramai,tapi masa diorang kekadang tak tentu,Ada laki yang hari ahad kena kerja,ataupun anak-anak bersekolah..Minggu ni,hanya aku dan beberapa adik beradik je yang balik.Bila dah ada regu tu,ada je aktiviti yang kami buat selain memasak.Contohnya!! Tengok gambar bawah ni
Yeay!! seronok membako ayam
Pagi perap,tengahari dah boleh bako!!..Sedap-sedap bako,angin dan hujan datang!!..Memang kelam kabut jawabnya punggah tempat bako ayam tu.sempat snap gambo bagi group family..saje nak jeleskan diorang..sape suruh tak balik..muahaha
Alhamdulillah,,tak sampai petang,ayam dah habis.Ikut hati nak balik ke johor petang tu jugak.Tapi bila fikir kan anak-anak bakal ditinggalkan,rasa macam tak sampai hati sebab Naura tu masih nak mengempeng ngan aku.
Oh ye!! actually husband aku tak ikut pun masa aku balik ke kampung tu.Eh..tu pun nak bagi tau ke..Tak kisah la!!Of courselah tak boleh ikut sebab dia bekerja hari ahad(Tapi sebenarnya johor cuti AHAD tu)
Hari ni anak tinggal kat kampung sebab babysitter balik kampung.babysitter aka adik aku hari ni dia ada check up kat hospital.So terpaksalah kita tinggalkan anak kita sekali dengan dia kat kampung..
Hari ni berjaya pergi kerja dari kampung.Kalau tak bila dah balik kampung,memang liat nak balik johor…
Ok..ok..sambung kerja…ada lagi cerita nak story ni..lambat sikit bersiaran!!
Thanks kerana sudi membaca entry  Aktiviti Hari Minggu Di Kampung

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *