nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger,  siblings

Si kakak Awfiyah dan Si adik Naura

Assalamualaikum
Masih lagi berjerebu.Masih lagi perdebatan hangat tentang Budget 2016 kan.Sana sini orang dok pung pang bercerita pasal budget 2016 ni.Bagi aku,bukan taknak amik tau langsung pasal Budget tu,tapi Budget tu macam takde kena mengena orang yang bekerja swasta macam aku ni.Diorang bertepuk tangan pun tentang kenaikkan gaji,Gaji orang kerajaan yang naik,bukan gaji orang swasta.BR1M bertambah??? Takat mana tambahnya kalau lepas ni harga barang akan naik lagi.Harga barang naik berulang kali,tapi gaji kita yang bekerja di sektor swasta ni,tetap tahap tu,Berpulunlah overtime baru nak merasa senang sikit.Orang kata,kalau dapat penuhkan barang makanan kat dapur tu pun dah bersyukur.Bukan kais pagi,makan pagi,kais petang makan petang.
Apa nak jadi dengan Malaysia,,,Bukan dengan Malaysia,tapi orang yang mentadbir Malaysia,Tetapi bersyukur,Malaysia masih aman,
Oklah,Malas dah nak ulas lanjut pasal ni.Buat sakit hati je.Kerjalah bagai nak mati untuk sara kehidupan kita.
Awfiyah dan Naura

Bila berjalan di shopping complex,ummi memang letak adik Naura dalam stroller.Kakak pulak ummi biarkan dia berjalan.Tapi bila dia tengok adik Naura naik stroller,dia pun nak naik jugak,Nasib baiklah ummi ni kurang kemampuan,kalau tidak,nak jugak beli stroller yang boleh naik untuk dua orang.Macam ni..Tapi disebabkan harga stroller ni separuh dari gaji ummi,memang tak kemampuan la ummi nak beli kan
Ihsan google..
Stroller idaman hati..Tapi mampu tengok je.Jadi share lah awfiyah dan Naura dalam stroller yang kecil.Takpelah anak-anak ummi..Moga erat kasih sayang antara kamu berdua.
Bila dah semakin membesar,awfiyah dah pun boleh terima dan faham sikit-sikit tentang adiknya.Cuma dia suka sangat menyakat adiknya.Ummi memahami,awfiyah masih tak faham apa itu adik kan..Lama-lama mungkin dia faham.Ambil masa jugak lah kan.
Sekarang ni memang tak boleh lepa lagi adik dan dia,Takut tetiba je adik dia meraung.Dia paling suka tarik baju dan bantal adik Naura.Bila adik Naura guna bantal,cepat-cepat dia tarik bantal tu.Semua bantal kecik,dia yang punya,Kekadang tu,dia memang saja-saja je,hisap susu dan baring sebelah adik dia..
Lagi pulak sekarang ni,dah pandai nak bercakap,ada je keletah dia yang membuatkan ummi tersenyum.
Bila dah ada dua anak dara ni,mulalah ummi dia berimaginasi tinggi apabila melibatkan pakaian,permaian dan bilik.Sebabnya,hehehe..bila bab baju,ummi da pun membeli baju yang sama untuk adik dan kakak.Memandangkan diorang berdua ni rapat je umurnya,jadi senang ummi nak beli pakaian diorang,Masa kat AEON tuari,memang seronok beli baju budak-budak ni.Baju-baju lama awfiyah yang masih elok pun,dah turun pada adik dia..So,ummi memang tak beli banyak baju.Cuma untuk akak dia je ummi kena beli memandangkan dia semakin besar.Banyak kot baju yang tak muat untuk dipakai kakak.
Permainan pulak,menjimatkan okeh!!!..Tak payah la nak beli sorang satu toy,kongsi je.Tapi tak taulah pulak bila si Naura dah pandai nak demand nak satu jugak macam kakak dia,
Buat masa sekarang ni,ummi lebih selesa tidur depan TV,Sebabnya..Tidur atas katil sangat-sangat bahaya untuk mereka ni.Yelah..Kakak awfiyah memang dah lasak.Naura pun sama.Bangun pagi dah berpusing 360 darjah.Belum lagi kakak dia tu.Kekadang dah terkeluar tilam.Dah ke penjuru,Banyak kali jugak ummi bangun untuk betulkan dia,Itu kalau ummi terbangun.Kalau tak,memang ke pagi la tidur atas lantai..
Ummi memang berangan nak hias cantik-cantik bilik puteri² ummi ni.Itu kena tunggu diorang dah besar sikit lah nampaknya.
Ummi harap hubungan adik beradik ni akan akrab dan penuh dengan kasih sayang sehingga ke besar.
Oklah get to go now!!!Hari ni bekerja halfday,Balik dari kerja,misi nak mencari cermin mata..Nanti cerita kat next Entry.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE