Uncategorized

Resepi Apam Susu Mudah

Assalamaulaikum
Hoh!! Hari minggu tak kemana-mana..Melayan Puteri-puteri bonda kat rumah je.Mengemas rumah sementara ahad tu air keluar.Basuh mana yang patut.Bersihkan apa yang perlu.Itu jelah..
Cuma ahad tu ada  mood untuk buat apam susu sebab tu pun terbaca kat fb resepi sheila rusly.Sementara barang semua ada kat rumah.Maka terhasillah Apam susu yang simple..
Meh aku bagi resepi apam susu ni.Bukannya susah sangat nak membuatnya.Korang pun boleh buat..Nak warna cantik-cantik beli la pewarna yang berwarna -warni macam aku..Tapi Apam susu by Me tu ada semangat JDT..hehehe
Resepi Apam susu Mudah
  1. 4 Biji Telur
  2. 1 Sudu teh Esen Vanilla
  3. 1 cawan gula pasir
  4. 4 sudu besar susu pekat
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. Pewarna
Cara Membuatnya
 Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.
Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.
Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka
.Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..
Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.
See..dah siap Apam susu aku..Dan habis dimakan pada hari tu jugak.Warna tu mengancam kan..hehehe…Tapi langsung tak kreatif lorekkan warna tu..muahaha…
Buat apam ni tak ambil masa yang lama pun.So untuk minum petang tu boleh la segera untuk disiapkan..Cuba jangan tak cuba…hehehe..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *