foodporn,  kisahsidairy.com,  lifestyle blogger

Susu segar Berperisa Untuk Dinikmati

Assalamualaikum
Ramai kot yang memperkatakan Susu Segar Berperisa ni kat mana-mana.Sedap oo minum sejuk-sejuk.1 botol ni macam tak cukup je nak minum.
Ni semua gara-gara masuk dalam  JB Home Food Delivery kat facebook tu.Apa taknya,sejak masuk group tu,macam-macam jenis makanan terlintas di wall facebook aku ni.Semua ada jual..semua delivery depan rumah dan office..Jimat masa kalau yang bekerja tu.Kalau yang suri rumah tu kan.kalau takat teringin kat tekak.beli jelah..hehehe..Tapi kena tengok jugak..kadang-kadang ada je customer complain tak sedap penjual tu beli..So far takat ni memang semua yang aku beli..sedap belaka okeh!!
Ok..berbalik pada Susu segar berperisa ni,aku tak ingat dulu aku pernah minum ke tak.Dah tak ingat tu,memang tak boleh nak refresh balik otak aku ingat benda tu semua.Orang kata masa zaman-zaman aku dulu ada jual..hehehe..cepat betul  lupa kan..Tapi bila dah lalu lalang kat feeds facebook berulang kali,terasa nak mencuba jugak kan..
Sebotol harga susu segar berperisa ni adalah rm2.50..Murah ke mahal??? Aku tak sure lah..Nak cari penjual lain dan nak membandingkan harga sangat ler malas..oklah tu kan rm2.50..
Bila dah rasa buat kali pertama,diikuti dengan botol kedua,haruslah sedap..Memang tak cukup kalau takat 1 botol,Nasib baik beli banyak.Malam tadi dapat,pagi tadi jugak habis..Balik tengahari tadi,tengok dah habis pun..hahaha…beli 10 tu..Aku tak minat sangat dengan choclate..Aku suka strawberry dan jagung..sedap ko!!
Ada rezeki lagi,boleh repeat order..Awfiyah suka..tapi aku tak bagi sangat la sebab ada campuran gula.Kena jugak tapis makanan dia tu.kecil-kecil dah terdedah pada masakkan manis dan masin ni tak baik untuk budak-budak kan..Tapi si awfiyah tu dah demand,sikit-sikit nak bukak peti ais ummi dia..Haiiii lah anak..
Susu segar Berperisa ni terdapat 7 perisa tau
  • Original
  • Coklat
  • Strawberi
  • Jagung
  • Pisang
  • Oren
  • Anggur

Takat ni aku baru try 3 jenis je lah..Jagung,strawberry dan coklat.Nanti nak try perisa lain pulak

Kalau korang nak try jugak,boleh je google..Banyak dah penjual Susu Segar Berperisa ni

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *