kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger

Aksi Dia Kekadang Mencuit Hati

Assalamualaikum
Bila anak dah semakin membesar ni,ada je keletah dia yang membuatkan ummi dia terhibur.Bak kata orang,bila ada masalah macam mana pun,bila pandang anak,hilang segala masalah.Lupa seketika..
Begitulah bila adanya Nur awfiyah dan adiknya Nur Naura Auni.Ummi dia semakin tenang bila ada mereka berdua ni.Kadang kala perlakuan diorang kekadang buat ummi sesak nafas,tetapi bila dikenangkan balik,mereka cuma budak,tak tahu apa-apa pun.Walaupun kenakalannya ada membuatkan orang tak suka dengan dia,tapi tidak pada mereka yang bernama ibu kan.Kenakalan budak itu normal.Ada satu masa,dia akan berubah dengan sendirinya mengikut umurnya jugak.
Paling tak suka bila adalah seseorang tu,bila bercerita dengan orang tentang nur awfiyah,mesti bangkitkan perkataan“budak ni nakal ni..Nakal betul”.Korang rasa,sebagai ibu,sedih tak.Orang tu sepatutnya mendoakan yang baik-baik pada budak macam ni.Tak perlu kot nak hebahkan pada semua orang yang dia jumpa,tentang sifat anak syurga ni.Aku yang mendengarnya pun rasa sakit hati.Rasa nak tonjol je kepala dia tu..Tapi aku masih lagi hormat dia sebagai orang tua.
Takpelah anak ummi,walau nakal macam mana pun,ummi tau,anak ummi taklah nakal..Bagi ummi nakal tu dah lumrah pada insan yang bernama budak.Orang tak suka tak apa,tapi tak suka bila suka nak menjaja cerita pasal anak ummi ni..Ohohoho..tetiba ummi terEmo jap.
Susah da sekarang ni nak amik gambar dia..Ada je yang dia nak buat..dah terpaksa ummi terambil banyak gambar yang blurr…
Bagi ummi,ada je keletah dia yang membuatkan ummi terhibur.Ada je perlakuan dia yang membuatkan ummi tak jadi nak marah..Kekadang ada je perlakuannya yang membuat ummi rindu kat dia walaupun tidaklah berjauhan.Bila awfiyah ikut mak long dia balik kampung,ummi lah orang yang sedih,yang hiba,yang tetiba rasa kekosongan dek kerana awfiyah takde depan mata.
Ummi selalu mendoakan agar anak ummi nanti menjadi anak yang berguna,yang boleh membuatkan ummi bangga dengan awfiyah..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE