Uncategorized

Mencari Spare part Untuk Breast Pump Elektrik

Assalamualaikum
Sedih ni!!..tak tau nak describe macam mana perasaan hampa bila apa yang dicari tu tak jumpa.Apatah lagi nak pergi ke sana tu macam jauh jugak la..Mengadap jerebu yang makin teruk kat jb ni.Tapi demi untuk anak,gagahkan juga untuk ke sana.
Amik dari luar je..Sebab kat dalam tak sempat nak amik.Pegang Naura masa kat dalam..Rugi pulak tak amik gambar kat dalam…boleh share dengan kawan²..Mana tau ada yang nak gi
Aku ada cerita kat entry Breast Pump Rosak . Tapi kecewanya hanya Allah swt je tahu.Bila datang sana,penjual tu kata diorang takde jual spare part..Korang rasa!!Tapi kedai tu adalah kedai yang menjual Breast pump.Sepatutnya adalah jugak jual spare part kan.Sebelum tu puaslah aku dok menggodek google untuk cari spare part.Sebab aku tau,motor pump tu tak rosak,yang rosak mungkin peralatan macam valve or mambran je..hehehe..mak-mak yang guna breast pump ni mungkin tau kot.

Memang best masuk kedai tu,kita boleh tengok banyak jenis pump yang diorang jual.Boleh jugak nak try.Ada yang mahal dan ada jugak yang murah.Ikut kemampuan kita sebagai pembeli la kan.

Pump On The Go! Siapa pernah ke sini atau melihat mereka kat facebook.Aku beli pun dari diorang melalui Online jugak.Masih ada warranty setahun.Paling best beli dengan Pump on the go ni,tulah,warranty setahun,boleh service bila pump dah tak ok.Cumanya,diorang takde spare part je.Kalau aku sebagai pengguna,bagi cadangan kat diorang supaya jual sekali dengan spare part.Jadi ramai la pelanggan yang datang bila ada masalah macam aku ni.

Tapi layanan mereka memang terbaik la..At least ada jugak solution diorang nak tanye kan supplier dan akan call aku nanti.Tenang sikit jiwa aku ni.

Tapi tetap jugak tak puas hati sebab risaukan stock susu kehabisan..Kesian Naura.Nak tak nak aku terpaksa jugak la pergi cari kat kedai-kedai baby..Mana tau diorang jual spare part.Aku pergi kedai baby berdekatan dengan kawasan rumah.Pun takde stock.Tapi diorang cari solution untuk aku.Nasib baik adik tu tolong aku.Akhrinya jumpa jugak dengan spare part yang boleh masuk kat pump aku.Walaupun brand spare part tu tak sama,tapi masih boleh masuk lagi..Alhamdulillah..

Boleh la sambung buat stock untuk anak tersayang.Kalau korang nak survey Breast Pump boleh tengok website PumpOnTheGo.

Eh..suka tengok butik-butik yang ada kat BBU tu…Raya nanti boleh shopping kat sana jugak la…Butik aidijuma ada,Radiusite ada,ehh..macam-macam la…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *