kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  nur awfiyah,  parenting blogger

Nur awfiyah Kedekut Tentang Makanan?

Assalamualaikum
Anakanda yang sorang ni kalau bab makan memang dia suka..Tapi tidak pada Nasi..Nur awfiyah memang dah makan nasi..Makan apa sahaja yang diingingkan..Tak kiralah keras atau tidak,yang sedap pada dia,pasti dia makan.
Kalau suapkan nasi memang dia tak nak.Semua demand nak makan sendiri.iskk…Tapi yang banyaknya terabur kat atas lantai.Umi layankan jelah..janji dia nak makan.Kalau ada geng ramai yang nak makan sekali,lagi ummi suka sangat.sebab bila ramai orang,dia memang suka nak makan bersama-sama.Bab makan,memang bagi kat dia je..Sekarang ni pun,pantang masuk pasaraya,pasti nak ambil apa je yang dia nak.Jenuh la nanti umi dia nak sorokkan dekat kaunter cashier.
Bila bab makan ni,Nur awfiyah memang berkira sikit..Dia tak kasi orang ambil makanan dia,tapi kalau dia ambil makanan orang takpe.

Kalau aku gi mana-mana,aku akan pastikan ada stock makanan untuk dia kunyah di dalam kereta atau di mana-mana,Tujuannya mengelakkan dia mengamuk.Kalau masuk pasaraya pun macam tu jugak,aku kena carikan apa-apa untuk dia pegang.Taklah dia meminta-minta yang lain.
Yang wajib ada kalau pergi ke mana-mana 3 benda ni lah,Puting kosong,susu dan makanan/air masak.Tu jelah yang perlu dan wajib ada bagi memastikan ummi dia tak mengamuk jugak..hehe
Seronok kekadang melayan karenah dia,walaupun kekadang ummi dia naik angin tengok perangai dia..Itu memang lumrah budak kan..Mak budak pun macam tu jugak.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *