kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  nur awfiyah,  nur naura,  parenting blogger

Sepetang Bersama Cinta Hati Kami

Assalamualaikum
Petang sabtu punya cerita.Membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk beriadah.Hari sabtu je boleh bawak anak-anak ke sini.Hari Ahad babah dia pulak yang bekerja..Walaupun sedikit kepenatan,tapi demi anak-anak aku gagahi jugak.
Masa ni Awfiyah suka sangat dilepaskan.Maklumlah orang dah dapat kaki.Pantang lepas,mesti dah kemana je dia pergi.
Sepatutnya aku lepaskan dia kat padang,Tapi tetiba babah dia park betul-betul kat Tasik.DIsebabkan malas nak cari parking lagi,Lepak la kitorang kat tepi tasik tu.Satunya aku kat situ,terbatas jugak awfiyah nak main.Lepas kan gitu pun tak boleh jugak,sebab betul-betul dekat dengan parking dan kereta lalu lalang..Kalau kat padang tu,takdelah sesak dengan kenderaan..Jadi kalau awfiyah jatuh bermain pun tak kisah sebab rumput-rumput kat situ.
Tasik layang-layang
Bila tengok keletah dia,tak sabar pulak nak tunggu adik dia membesar.Ada jugak la awfiyah kawan bermain.Sebab usia mereka pun tak jauh beza.
Memang kegemaran dia untuk cium adik dia..Moga hubungan mereka erat sehingga ke besar nanti

WIth auntie Fatin

Awfiyah dan ummi..Orang cakap ummi nampak kurus…Terus kembang semangkuk..hehe
Insya allah..minggu depan ummi bawak awfiyah dan Naura lagi ke Tasik..Taklah awfiyah terperap je kat rumah..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *