kisahsidairy.com,  parenting blogger,  siblings

Keletah Nur Awfiyah Bila Dapat Adik

Assalamualaikum
Asyik cerita masalah dunia,sesekali selit jugak cerita pasal anakanda² ummi ni kan.Banyak sebenarnya cerita yang nak diceritakan tentang anak syurga ummi ni.Tapi disebabkan tak sempat nak snap gambar mereka berdua untuk dijadikan cerita.Yelah,kang tak letak gambar ,bosan pulak korang membaca.Bila ada gambar ni,ada sikit mood nak membaca tu kan.
Masa 1st time jumpa adik dia,memang takde respons apa-apa.Mungkin Awfiyah terlalu kecil untuk memahami erti adik kan.Masih lagi manja dengan ummi dia.Selama 5 hari dia tak bersama dengan ummi dia,kerinduan tu sangat-sangat menebal.Bila pandang muka ummi dia masa balik dari hospital tu,terus je nak suruh ummi dia berdokong.Kalau ikut hati nak je dokong fiyah.Lagi satu tido pun tak boleh nak tido dengan ummi dia.Kesian pulak dia,Bila tengah malam,bunyi suara dia nak susu,rasa sebak je sebab ummi dia tak boleh buatkan.Semuanya nenek dia buatkan.
Bila ummi berkurung dalam bilik,dia ketuk-ketuk pintu bilik panggil ummi dia..Bukan taknak kasi dia masuk,tapi bila masuk habislah dia kerjakan adik dan barang² adik dia
Sampai sekarang,adik dia dah dua bulan pun,still tak boleh nak ngam..Tapi dah panggil baby..Maklum la dah pandai nak bercakap..
Lagi satu,suka tengok keletah dia nak pegang baby.
Korang tengok jelah video ni..
Dah semakin membesar dia,dah boleh disuruh walau kadang kala tu menyakat ummi dia.Dah pandai sebut beberapa patah perkataan.Dia dengan adik naura tak boleh nak bersama,habislah dia kerjakan adik dia.Dah banyak kali jugak adik dia kena tepuk ngan dia..isk..kakak..tamo..tamo

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *