Uncategorized

Mohon Bantuan Kepada Adik Muhammad Syafiq Zhafran

Assalamualaikum
Terpanggil untuk aku berkongsi kesedihan terhadap Adik Muhammad Syafiq Zhafran ,yang menghidap penyakit Billiary Atresia atau Bengkak Hati.Kanak-kanak istimewa ini adalah anak kepada kawan sekolah aku.Adik Muhammad Syafiq Zhafran disahkan menghidap penyakit Billiary Atresia ini pada Mei 2015 sewaktu berusia 4 bulan lagi.Adik Muhammad Syafiq pernah menjalani pembedahan tahap 1 dan sedang menantikan tarikh pembedahan Transplant.
Ibu kepada adik Muhammad Syafiq sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk kos pembedahannya.Apa yang diberitahu,Kos untuk transplant ni mencapai 300K untuk pembedahan di luar negara.Sebagai ibu,kita turut merasakan kesedihan yang dilalui oleh ibu adik Muhammad Syafiq ni.Berat Mata Memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Apa itu Penyakit Billiary Atresia?
Billiary Atresia atau dipanggil bengkak hati adalah masalah “gastrointestinal” pada bayi-bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus.Penyakit ini adalah kerosakkan berlarutan saluran hempedu dari luar hati(extrahepatic)dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati (intrahepatic).Akibat tidak dapat dialirkan,cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan hati (cirrhosis)
sumber:kalami80
Kepada rakan blogger yang sudi membantu,amat-amat dihargai.Korang juga boleh Share post entry ni untuk membantu adik Muhammad Syafiq Zhafran.
Jika keraguan,korang boleh call sendiri ibu kepada Muhammad Syafiq Zhafran untuk kepastian seperti tertera di dalam gambar tersebut
Kepada kawanku,moga kau tabah menghadapi segala macam dugaan..Sesungguhnya engkau adalah insan terpilih yang telah Allah swt pilih untuk menerima dugaan ini.Mungkin ada kemanisan di belakang hari.Kepada Insan teristimewa yang dipinjamkan Allah swt,Moga dirimu kuat melawan penyakit yang engkau hadapi ini sayang.



Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *