kisahsidairy.com,  motherhood,  parenting blogger

Bila Dia Dah Dapat Adik

Assalamualaikum
Lama kan tak bercerita pasal puteri sulung kami tu.Alhamdulillah…dia dah jadi kakak.Korang boleh baca entry aku yang lepas.
La ni nak bercerita pasal kakak nur awfiyah pulak..Kesian dia..mungkin orang cakap awfiyah terlalu kecil untuk ada adik.Tapi anugerah dan hadiah dari Allah swt aku tak boleh pertikaikan.Itulah namanya rezeki untuk family kami.Anak tu Allah swt dah berikan rezeki untuk mereka.Sebagai ibu bapa kita harus terima dengan hati yang terbuka.
Sangat bersyukur dengan kehadiran puteri kedua kami tu.At least awfiyah ada adik untuk bermain.Kan..kan…hehe..
Sejak ada adik ni,memang kurang menempek dengan ummi dia.Takut pulak diterjah tempat operation aku tu,maunya masuk hospital lagi ummi dia.Masa aku duduk dalam wad tempohari pun dah rindu kat dia tahab gaban.hehe..Sampai menangis nangis ummi teringat kat dia.Nak jumpa dia masa kat wad memang tak boleh sebab budak kecil tak dibenarkan masuk wad.
Tapi bila doktor dah benarkan balik,memang rasa nak lompat lompat je.Tapi masa tu dok risau gak takut adik dia tak boleh keluar sebab terkena jaundice.Tapi alhamdulillah..akhirnya dua dua boleh keluar.
Sampai rumah,dia peluk ummi.Gaknya terlalu rindu dengan ummi dia.Rasa nak tido dengan dia je malam tu.Tapi ummi pun tak larat nak bangun hari tu.Eh..panjang panjang ni,ada ke orang nak baca..ke nak tunggu next entry korang baca lagi eh.
Meh belanja gambar nur awfiyah dan nur naura auni..

Next entry aku cerita lagi ea..Macam nak rest dulu.Mengantuk pulak.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *