kisahsidairy.com,  lifestyle blogger,  my new baby born,  parenting blogger,  pregnancy

Lahirnya Puteri Di Dalam Keluarga Kami

Assalamualaikum
Blog dah berhabuk ditinggalkan.Da semakin hampir nak expired domain.Insya allah..akan terus menggunakan domain yang ada.Expired pun bulan lapan nanti.
Dekat sebulan jugak tak update blog.Bukan tiada cerita yang nak diceritakan,tapi kedatangan syawal yang bermakna tahun ni membuatkan kesempitan waktu untuk update blog.Update pun menggunakan handphone je.
Alhamdulillah..setelah 38 minggu berada di dalam kandungan,puteri kami telah selamat dilahirkan masuk sahaja minggu ke 39 bersamaan dengan 4 syawal.Syukran..Allah swt permudahkan semua urusan walaupun pada mulanya banyak babak airmata antara kami.Nanti aku ceritakan.
Pengalaman melahirkan anak bukan secara normal memang terlalu perit untuk dikenang.Tapi itulah pengalaman2 yang perlu seorang ibu lalui bila terpaksa memilih untuk bersalin secara czer.
Nanti ada masa akan aku ceritakan kat kirang.Cuma ingin berkongsi kegembiraan di blog kesayangan tentang kehadiran orang baru pada 4 syawal,3.15pm.

bayi seberat 3.6kg tanpa kusangka lahirnya sungguh sihat..alhamdulillah…Ambil masa untuk berpantang pula.Banyak lagi nak cerita walaupun ambil masa yang lama untuk update cerita baru..alhamdulillah..dah pun menjadi ibu kepada dua orang puteri..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *