foodporn,  kisahsidairy.com

Durian kampung vs Musang King

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. Menu berbuka yang sederhana hari ni.Tak payah nak pergi ke bazar hari ni.Cukup menu mee hailam,betik masak air,ikan goreng,ayam masak merah dan air durian belanda yang fresh dari ladang.
Berbuka apa korang hari ni..Pastinya korang pun menu yang simple kan.Itu lebih menyelerakan dan di samping tu boleh la berjimat.
Oh ya!!Bila bulan puasa ni,banyak betul musim buah yang ada.Antaranya tentulah rambutan dan juga raja buah iaitu Durian.
Mungkin paling glamour orang akan pilih Musang King .Tapi aku tetap pilih durian kampung..sedap..Lagi pulak kalau dapat Durian Kucing tidur. Maksudnya dalam satu belah tu ada seulas je duriannya..Tu yang mablesnya..
Tadi nak dijadikan cerita,mak dah pun tempah durian kampung.Itu lagi bagus dari beli kat kedai.Bukan apa..lebih puas hatilah dari beli,lepas tu banyak busuk.Dapatlah 15 biji dengan harga rm50..oklah kan..isi pun puas hati..Nasib baiklah aku tak boleh makan banyak..Kalau tak dah baham dua tiga biji dah.

Takut pulak bila da banyak makan ,kepanasan pulak.Risau pulak effect kt baby nanti.Sempat my sil buat lempuk.Bubur durian da biasa buat.Makan dengan durian lagi sedap.Tadi tak sempat nak beli pulut.Just makan dengan roti je..
Oklah..sampai sini untuk entry ni..Selamat menikmati durian ni..hihi

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *