INFO,  kisahsidairy.com,  parenting blogger,  pregnancy

Tanda-Tanda Nak Bersalin

Assalamualaikum
Bila kita ibu mengandung pertama kali ni,mungkin kita takkan tahu apakah tanda-tanda nak bersalin.Termasuklah aku ni.Banyak juga yang aku google dan pertanyaan-pertanyaan kepada rakan dan jugak adik beradik yang pernah ada pengalaman melahirkan anak.
Bila kita dah ada sedikit pengetahuan tentang tu,at least tidaklah kita menggelabah tak tentu pasal pulak nanti..Bila dah cari dan baca hasil menggoogle tu,apa salahnya aku share kat blog aku kan..At least nanti senang nak cari kat blog sendiri.
Oklah..since pregnancy dah hampir sangat dengan kelahiran ni,kena amik tau pasal tu kan.Meh aku share serba sedikit tentang Tanda-Tanda bersalin Semakin hampir tu.
Antaranya adalah :-
1. Kontraksi Braxton – Hicks
-Kontraksi membantu menipis,memendek dan membuka serviks sebagai persediaan awal kelahiran bayi nanti.Kebiasaannya sakit kontraksi ini seperti cramp semasa datang haid dan ia kebiasaannya berlaku 1-2 minggu sebelum kelahiran.
2.Sakit Belakang Bahagian Bawah
-Ianya berlaku kerana kedudukan bayi lebih rendah dan terasa sangat berat.Memang dah terasa pun sekarang ni.Dah rasa baby duduk kat bawah sangat ni.
3.Pecah Air Ketuban
-Hanya 1/10 ibu-ibu mengandung pecah air ketuban sebelum kelahiran.Selebihnya doktor yang akan pecahkan semasa didalam bilik bersalin.
4.Lendir Pekat Bercampur Darah(Bloody Show)
-Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.Bila pluk mula keluar,bayi anda sudah bersedia untuk bergerak ke bawah secara perlahan-lahan dan kepala akan masuk ke dalam rongga pelvis.Masa ni orang kata,kena bersedia untuk ke Hospital
5.Kerap Kentut
-Sesetengah wanita akan kerap terkentut kerana kedudukan baby semakin rendah.Buat masa ni aku rasa normal je aku kentut..hehe
6.Kerap Ke bilik Air
-Ibu -ibu akan kerap ke bilik air kerana saluran kencing dah ditekan oleh baby yang sudah mula bergerak ke bawah.Ini memang aku akui..Setiap masa akan ke tandas je.
7.Perut rasa memulas seperti nak buang air besar.
-Tekanan kepada saluran untuk buang air besar semakin terasa kerana kedudukan baby semakin ke bawah.Lately ni aku asyik sembelit je..Tapi untuk buang air besar selalu tu belum ada lagi
8.Cirit-Birit
-Hormon kelahiran akan menyebabkan pergerakkan usus yang kerap untuk mengosongkannya bagi memberi lebih banyak ruang laluan untuk kelahiran bayi nanti.Ia jugak akan membuatkan ibu-ibu terasa loya.
9.Keputihan
-Lelehan keputihan semakin terasa..Ini aku dah mula terasa..Adakah ini bermakna ianya dah semakin hampir?

10.Berat Badan berkurangan

-Berat badan ibu-ibu akan sedikit berkurangan atau tidak naik bila kelahiran baby semakin hampir..Patut la..Aku ingatkan alat penimbang kat klinik dan hospital tu ada masalah..

Itu sahaja info dari pembacaan aku kat sini.

Aku harap Allah swt akan permudahkan proses bersalin aku nanti.Ada jugak aku amalkan doa-doa supaya memudakan aku bersalin nanti..
doa supaya mudah bersalin
sumber:google




Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *