kisahsidairy.com,  parenting blogger,  persiapan ramadhan

Persiapan Menjelang Syawal

Assalamualaikum
Mungkin korang akan cakap,terlalu awal untuk melakukan Persiapan menjelang syawal yang akan tiba ni kan.Tapi bagi aku,persiapan tu penting supaya tidak kelam kabut dan berasakkan di kedai-kedai atau pasaraya untuk mencari baju raya.
sumber :google
Tahun ni,Persiapan raya lebih kepada baju Nur awfyah dan Babahnya sahaja.Bagi aku tahun ni,takde baju raya pun takpe asalkan baju untuk dua orang tu da settle.Walau pun tak 100% persiapan dilakukan,tetapi cukup berpuas hati apa yang ada ni.
Untuk baby yang ada dalam perut ni,insya allah dah sepenuhnya siap.Tapi bagi Nur awfiyah,sebenarnya sebelum berpuasa lagi aku dah beli sikit demi sedikit.Yelah..Kalau nak beli sekali arung ,mana nak cekau pulusnya..hehehe..
Sebelum Ramadhan,tak silap aku start dari bulan 4 lagi aku dah beli baju Nur awfiyah.Aku peruntukkan sebulan satu baju,jadi dapatlah beli banyak sikit baju untuk dia.Yelah..baju budak sekarang bukannya dapat yang murah-murah kan.Semuanya mahal..Setahun sekali je dapat pakai baju mahal-mahal ni.Sekarang ni adalah dalam 5-6 pasang..Baju budak ni,mana nak cukup beli takat 2-3 helai..Macam kita  masa kecil² dulu la,…Kalau tak 5-6 pasang tak sah kan..
Ni pun aku tinggal belikan dia baju kurung je.Tak sempat nak terjah bazar.Ingat sebelum pertengahan ramadhan ni nak settlekan semuanya.Ni pun rasa dah tak larat nak kemana-mana bawa dia.Kalau pergi pun,mesti dia ditinggalkan.
Baju kurung pun atas permintaan babah dia,nak warna yang sama ngan babah.Dapat sehelai baju kurung cukuplah kan.
Untuk babah dia,alhamdulillah..semua dah settle.Baju melayu memang setiap tahun aku akan tempah awal.Tak pernah beli yang ready made..Takut tak berpuashati dengan ukuran my husband tu.
Dan setiap tahun menggunakan tailor yang sama.Dah 3 tahun ni,memang tak pernah tukar tailor lah.Puas hati dengan jahitan yang kemas dan kena pada badan.Cuma kekadang servis dia kurang sikit.Sebab tu nak kena hantar awal-awal kat tailor tu supaya dia tak kelam kabut nak siapkan baju,
Untuk baju casual pulak,dapatlah 2 helai T-shirt dan 2 helai seluar.Alhamdulillah..settle..Selalunya aku cari baju-baju tu dah nak dekat raya nanti,Tapi disebabkan kandungan ni dah sarat sangat ,terpaksa buat persediaan awal.
Untuk diri aku pulak,aku dah sediakan kesabaran dari segi mental dan fizikal untuk menerima orang baru.tu je..Takde baju raya kot..Tapi alhamdulillah,bila dah dapat settlekan semua,lega rasanya.
Emm…hari last bekerja sebelum cuti panjang,sempat lagi nak update blog walaupun terpaksa settlekan segala kerja yang akan ditinggalkan..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE