kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  parenting blogger,  progress

Bila Si Dia Dah Dapat Kaki

Assalamualaikum
Semakin hari semakin suka benar tengok keletahnya.Bila dah dapat kaki ni lain benar perangai dia..Semakin suka menyakat dan berjalan tanpa orang pegang tangan dia.
Oh ye..Dapat kaki tu maknanya dah pandai berjalan la..Kalau dulu bertatih,sekarang ni dah tak payah nak tatih lagi..Mujur belum berkejaran je lagi. Mungkin ada  sesetengah orang berpendapat Nur awfiyah lambat berjalan.Umurnya setahun 2 bulan,barulah dia boleh berjalan..Aku tak kisah sangat,walaupun ada beberapa ahli keluarga yang amat risaukan dia yang lambat berjalan..Tapi kerisauan tu aku tak ambil peduli pun.Sebab bila Nur awfiyah dah pandai berjalan,mengadu pulak penat nak menjaganya..hailah orang tu,,,sabar jelah kan..Tak payah ler nak mention nama tu..hehehe
Masuk ni,kasut kedua awfiyah yang dibeli oleh nenek dia.Sebenarnya ini kasut pertama,memandangkan awfiyah tak pandai lagi nak guna kasut crock ni,terpaksalah beli kasut lain.Aku ada cerita kat entry Kasut Pertama Nur awfiyah.  Kasut Crock tu nenek dia beli kat pasar malam je..Tapi sekarang ni Nur awfiyah dah pun pandai pakai kasut tu bila keluar rumah.
Makanan kat tangan tu memang tak lepas pun.Paling suka kalau orang ajak main kat luar..Seronok dan bebas dia kesana sini..Raya nanti agaknya dah boleh berlari…heheh…Ummi pulak yang seronok.
Lepas ni dah boleh golek-golek dengan ummi 24 jam..Ikut bontot ummi sentiasa…Dah tak payah nak hantar rumah ibu nanti..hehehe..
Lepas ni senang jugaklah ummi nak suruh buat kerja rumah..Sat lagi dah dapat adik macam mana la pulak dia kan..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE